Label 10

Home » » Datuk Soh Chee Wen HALAU Parti Anwar Keluar dari Bangunannya..fuhHH !!

Datuk Soh Chee Wen HALAU Parti Anwar Keluar dari Bangunannya..fuhHH !!

Written By AAKJ on Saturday, April 30, 2011 | 8:09 PM


Pemilik bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square,Tropicana, Petaling Jaya iaitu Datuk Soh Chee Wen yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim telah meminta PKR mengosongkan bangunan tersebut.

Datuk Soh bukan sahaja meminta PKR keluar dari bangunannya malah kami difahamkan beliau juga menuntut PKR membayar RM 800 ribu kepadanya kerana semenjak bangunan itu digunakan oleh PKR dari tahun 2008 hingga kini, parti itu tidak pernah membayar sesen pun kepadanya.
Lebih pedih dan memilukan lagi, kami difahamkan bangunan itu akan bertukar menjadi pejabat parti KITA sebaik sahaja PKR  keluar.

Pada tahun lepas kita boleh ingat lagi bagaimana gembiranya pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas apabila bangunan Umno Bahagian Kota Bharu dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan dan bertukar menjadi bangunan Pas.
Selepas ini kita boleh melihat pula bagaimana sedihnya pemimpin-pemimpin dan penyokong PKR apabila bangunan yang menjadi ibu pejabat parti mereka bakal bertukar menjadi pejabat parti KITA.

tqSelangordaily
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 26, 2011 at 4:24 PM

Selamba itik sahaja tuduh orang melulu tanpa usul periksa.....Periksa dulu sebelum keluarkan ayat...(dosa tak mengenal sesiapa)...
Pemilik bangunan lot kedai itu adalah berstatus bumiputra dan bank yang melelongnya adalah Affin bank...Dan Pemilik itu adalah syarikat iaitu AINB TECH (M) SDN BHD
Harga lelong adalah RM530k..sesape yang berminat boleh hubungi saya..Sekian, TQ

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger