Label 10

Home » » CAK PONG CAK PONG !! Anwar buat 2 laporan Polis terhadap bloggers dan Eskay...

CAK PONG CAK PONG !! Anwar buat 2 laporan Polis terhadap bloggers dan Eskay...

Written By AAKJ on Thursday, April 28, 2011 | 7:03 PM



Ketua Pembangkang atau lebih dikenali sebagai lelaki Y, Anwar Bin Ibrahim telah membuat dua laporan polis berkaitan isu "video seks" di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dia hadir di balai polis terbabit tepat jam 2.50 petang tadi dengan sekumpulan penyokongnya.

Dalam laporan tersebut Anwar menafikan yang dia merupakan lelaki Y di dalam rakaman video seks dan mahu pihak polis menyiasat penyebaran video terbabit oleh para bloggers UMNO di internet semalam.
Eskay hari ini telah bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.

Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok.

Sesiapa yang berada berhampiran kawasan masjid tersebut, silalah datang beramai-ramai untuk menyaksikan upacara sumpah itu. Manalah tahu, mungkin Anwar akan muncul menyahut cabaran dari Eskay..

Bukan senang nak tengok lelaki Y bersumpah
 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger