Baru Bian baru sahaja mengumumkan senarai calon PKR seramai 49 orang di laman blog beliau. Bagi sebuah parti yang pada PRN lepas hanya menang 1 kerusi, PKR agal tamak.
DAP diminta hanya bertanding 15 kerusi saja dari 18 kerusi yang dipinta. PAS pun nak sibuk tanding 5 kerusi di Sarawak.
Parti Dayak SNAP yang merupakan satu-satunya parti pembangkang dan asal Sarawak dipinta hanya tanding 3 kerusi. Lalu SNAP keluar dari rundingan dan tandingi 27 kerusi.
Reaksi PKR adalah untuk menghentam SNAP bersungguh-sungguh dan dengan tuduhan murah melulu. Takkanlah dengan beberapa personaliti yang memusuhi Taib berada dan menasihati Taib boleh mereka tuduh sedemikian. Itulah spin bodoh PKR parti Malaya. Baca
sini
Mengapalah SNAP percayai PKR? Mereka dah terdesak. Baca Ngap Sayot
sini
Satu kerusi PKR pada tahun 2006 dimenang oleh Dominique Ng di kerusi Padungan. Namun begitu oleh sebab pertelingkahan dengan keluarga Chong DAP, peneroka PKR di Sarawak disembelihkan bersama ADUN Batu Lintang DAP Voon untuk memenuhi kehendak keluarga Wong dan CHong yang memonopoli DAP. Semalam Dominique mengumumkan pengunduran dari parti PKR serta merta.
Sementara itu, pelbagai kisah sepanjang dua tiga hari ini.
Di DUN Nangka, bukan saja PKR berhadapan masaalah untuk memulakan bilik operasi, Anwar dibaling telor busuk semasa sedang berceramah pada malam Isnin Apr 4hb.
Itulah apa pasal sakitkan hati orang Tatau. Main kensel suka-suka. Orang di rumah panjang dah siap-siap dan menunggu. Langsung tak ambilkira perasaan orang.
Calun PKR di Satok, Kuching, Ahmad Nazib bin Johari mempunyai masaalah wanita di Semananjung. Peguam syariah dari University Malaya dan bekas Setiausaha Persatuan Peguam Syariah Malaysia bakap menentang Abang Johari. Gambarnya tersiar dan sebar di Facebook.
Di Balingian, PKR sudah letak seorang calun wanita, Suriati untuk menentang Ketua Menteri Pehin Seri Taib Mahmud. Untuk mendapatkan Suriati bertanding, Awnar sedia bantu suami caoun menyelesaikan hutang.
Suriati tidak bertanding menentang CM saja kerana Sallah Jafaruddin pun ingin menentang sebagai Bebas di situ. Baca
sini Salleh rapat dengan Tengku Razaleigh yang dijangka mahu mengganti Awnar sebagai ketua Pembangkang.
Ketua PKR Lanang meluahkan rasa tidak puas hati setelah pucuk pimpinan PKR telah memberikan kerusi DUN Dudong untuk ditandingi DAP. Mereka sudah bela kawasan itu selama tiga tahun hanya untuk diberikan kepada DAP. Baca Sarawak Sun
sini
Seramai 250 ahli PKR diketuai oleh bekas Timbalan Pengerusi 1 PKR Alexsius Serit Anak Tukok dan Setiausaha Donny Stephen bagi Cabang Sri Aman dari kawasan Bakong, Melugu dan Tanjung Bijat d bawah Dun N.26 Bukit Bangunan umumkan keluar parti pada Mac 31 2011.
Baru Bian yang akan bertanding di Ba'Kelalan dan menjual dirinya sebagai peguam yang menang 3 kes NCR tetapi masih sedang dirayu kembali. Dia akan berdepan Willie Liau muka baru menggantikan Nelson. Baca Bernama
sini
tq unspinner-theunspinners
Post a Comment