Seramai lebih 250 orang penduduk Kampung Bandung di DUN Nangka membanjiri kawasan medan selera di kawasan tersebut bagi mendengar ceramah panas Ummi Hafilda Ali, sempena kempen Pilihanraya DUN Sarawak.
Ummi Hafilda memulakan ceramahnya dengan memperkenalkan dirinya sebagai penulis surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir, yang kemudiannya menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim.
Menurut Ummi, surat tersebut setebal 22 muka surat dan disertakan hujah dan bukti-bukti kukuh tentang Anwar, termasuklah Azmin dan Shamsidar. Bagaimanapun, surat tersebut telah di"tong sampah"kan oleh Tun M ketika itu.
Berita tentang surat Ummi kepada PM tersebut sampai ke telinga Anwar dan Azmin. Maka mengamuk sakanlah Anwar pada adik Azmin. Azmin cari adiknya untuk "kowtim" mengenai surat tersebut.
Azmin balik rumah keluarga mereka dan bersemuka dengan Ummi di tingkat atas rumah. Azmin paksa Ummi tarik balik surat itu, namun Ummi menolak. Lalu Azmin suruh Ummi pergi ke Restoran Sri Melayu, katanya Anwar nak jumpa.
Dan ketika itulah Anwar dan Azmin menawarkan wang sebanyak RM100,000 kepada Ummi sebagai "token" kepadanya beserta pakej projek juta-juta! Tapi dengan syarat, Ummi mesti menarik balik surat tersebut. Tawaran itupun Ummi tolak mentah-mentah!
Persoalannya. Banyaknya duit Anwar dan Azmin! Mana dia dapat duit sebanyak itu? Senang-senang saja nak beri duit sebanyak itu kepada orang. Kenapa perlu diberik duit pula pada Ummi? Kalau tak salah, lawan tetap lawan lahhh...!!! Dengan perempuan pun takut nak lawan ke???
Apakah jenis manusialah Anwar dan Azmin ni? Dok tuduh orang sana sini rasuah. Azmin sendiri cuba merasuah adiknya sendiri untuk menutup mulut! Sebenarnya, Anwar dan Azminlah bapak segala rasuah!
Kalau diberi peluang memerintah Sarawak, habislah negeri ini di"rompak" Anwar dan Azmin. Sudahlah di"rompak", rasuah pun tentu berleluasa di Bumi Kenyalang ini. Rakyat Sarawak mahukah "kedak ya"?
Post a Comment