Label 10

Home » » AHLI PKR SENDIRI EDAR KOMIK LUCAH ANWAR

AHLI PKR SENDIRI EDAR KOMIK LUCAH ANWAR

Written By AAKJ on Sunday, April 3, 2011 | 3:57 PM




Kelmarin, seorang ahli PKR Lembah Pantai, Kadir Hashim, ditahan di bawah ISA kerana aktiviti subversif. Setakat ni belum ada sebarang kenyataan rasmi dari polis, tapi maklumat dari sumber-sumber mengatakan penahanan ini adalah berkaitan dengan pengedaran komik lucah... Anwar di Lembah Pantai.

Naib Presiden PKR, N. Surendran, dah umumkan beliau akan perjuangkan kes si Kadir ni. Menurut penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), E Nalini, yang juga sekutu rapat N. Surendran, Kadir adalah ahli AMK PKR. Tapi bila rujuk pada Nurul, anak kesayangan Papa, dia kata si Kadir ni bukan ahli PKR pulak.

Aikkkk???? Naib Presiden sama Naib Presiden pun tak sama info ke? Dahlah kedua-duanya sama-sama ahli Cabang PKR Lembah Pantai. Takkan tak pernah sua muka kot? Nak sms tanya khabar pun tak pernah ke? Takkan satu team pun tak kongsi info kot?

Jelas ni satu wayang kulit mainan PKR. PKR sebelum ni dah buat kecoh pasal isu komik lucah ni. PAS pun sama, sampaikan Khalid Samad sanggup tuduh UMNO Shah Alam sebagai dalang pengedaran komik lucah Anwar ni.

Tapi bila ahli PKR yang ditahan kerana pengedaran komik lucah Anwar, pekung mereka dah tersingkap. Nyata bahawa perpecahan dalaman PKR sendiri yang menyebabkan penyebaran komik lucah Anwar. Takda kena-mengena langsung dengan BN atau UMNO.

Itulah sebabnya Nurul mati-matian menafikan Kadir ni ahli PKR. Dia malu besar sebab dah berbuih tuduh UMNO, rupa-rupanya anak buah sendiri yang buat kerja tak berjadah tu! Dah terlambat Nuruuuul. Tembelang kau dah pecah!!! Padan Muka.- Darulehsantoday
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger