Skandal Yayasan Selangor- Sambutan Ulang Tahun 1 Juta Edisi 2
Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40, Yayasan Selangor telah merancang untuk mengadakan satu jamuan makan perdana pada 15 Nov 2010 bertempat di Dataran Asrama Tun Dr Ismail, kampung Pandan, Kuala Lumpur dengan anggaran kehadiran seramai 1,000 orang.
Majlis ini telah diluluskan oleh Pengurus Besar melalui surat Bil.(121) dlm YS/HEK/05/023 bertarikh 14 september 2010. YS telah melantik Tetuan Drift Z Enterprise sebagai pengurus majlis bagi menguruskan majlis tersebut. Kos perbelanjaan yang dicadangkan oleh syarikat adalah sebanyak RM285,000 dan dipersetujui tanpa pindaan.
Pihak Audit Dalaman Pejabat SUK telah berpendapat bahawa perbelanjaan yang dicadangkan itu adalah terlalu tinggi dan tidak munasabah. Pihak Audit juga telah mendapati YS telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM270,750 yakni 90% dari jumlah sebenar walaupun majlis tidak lagi berlangsung.
Pada 27/9/2010 YS telah membuat pembayaran pendahuluan 50% sebanyak RM142,500 daripada jumlah peruntukan dalam bentuk 3 baucer bernombor 20102738, 20102739 dan 20102740. Manakala bayaran kedua 45% dari jumlah yang diperuntukan dibuat pada 5/10/2011 ssebanya RM 128,250 dalam bentuk baucer bernombor 20102782, 20102783 dan 20102784
Tarikh | No Baucer | Jumlah(RM) | |
27 Sep 2010 | Bayaran 50% daripada jumlah peruntukan | 20102738 20102739 20102740 | 50,000 50,000 42,500 |
5 Sept 2010 | Bayaran 45% daripada jumlah peruntukan | 20102782 20102783 20102784 | 50,000 50,000 28,250 |
Jumlah | 270,750 |
Baki akhir sebanyak RM14,250 tidak dibayar kerana Pengurus Besar Yayasan telah membatalkan majlis tersebut melalui surat bil (97)YS/HEK/05/023 bertarikh 9/11/2011 selepas pembatalan keberangkatan DYMM Sultan Selangor
Yayasan Selangor juga telah membelanjakan sebanyak RM396,370 bagi perkara-perkara lain yang melibatkan tempahan kain ela sutera digital, kain songket, kain sampin, baju rasmi lelaki dan perempuan, sejadah kepala, untuk sambutan 40 tahun yayasan YS telah membeli Al-Quran dan pembelian peralatan pameran.Semua bayaran terhadap barang-barang tersebut dilakukan melalui 10 baucer bernombor 20102186, 20102278, 20102737, 20102736, 20103112, 20102921, 20102922, 20103005, 20103093 dan 20103120.
Tarikh | Perkara | No Baucer | Jumlah (RM) |
18/10/2010 | Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan | 20102321 | 112,500 |
18/10/2010 | Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan | 20102322 | 112,500 |
26/10/2010 | Pendahuluan membeli peralatan pameran sempena 40 tahun yayasan | 20103005 | 14,700 |
3/11/2010 | Pendahuluan bagi latihan koir sempena 40 tahun yayasan | 20103093 | 1,230 |
9/11/2010 | Pendahuluan untuk operasi pemasangan banner ke 40 tahun yayasan | 20103120 | 2,300 |
Jumlah | 396,370 |
Selepas pembatalan program pada Oktober 2010 sehingga 29 November 2011 iaitu tarikh audit dilakukan, Yayasan Selangor masih gagal menuntut balik 52% dari bayaran pendahuluan yang telah dibayar berjumlah RM148,500 yang melibatkan kos jamuan diraja dan jemputan lain, pentas, kerusi/meja, PA sistem, Disc Jockey, Media, dekorasi, persembahan, pembersihan/penyelenggaraan/tenaga kerja dan gimik perasmian.
SULTAN MURKA !!!
Yayasan Selangor juga telah melantik syarikat TL Tinala Enterprise untuk menguruskan cenderamata yang berjumlah RM52,900 tetapi malangnya tiada sebarang rekod disimpan untuk bukti pembelian cenderamata tersebut. Bayaran telah dibuat melalui 3 baucer bernombor 20102888, 20102889, 20102890 pada tarikh 20/10/2010.
Tarikh | perkara | kuantiti | Harga seunit | No baucer | Jumlah |
12/10/2010 | Bayaran untuk membekal topi bersulam utk kakitangan yayasan | 1500 | 10.00 | 20102888 | 15,000 |
Bayaran membekal non-woven beg utk kakitangan yayasan | 1000 | 7.90 | 20102889 | 7,900 | |
Bayaran membekal sejadah kepala untuk kakitangan yayasan | 1000 | 3.00 | 20102890 | 30,000 | |
Jumlah | 52,900 |
Tunggu pendedahan selanjutnya di edisi ke 3. NAK CILOK AGAK2 LA..tuiHHH
Post a Comment