Label 10

Home » » Video seks:Dakwaan konspirasi cuma untuk alih dari soal pokok ia berlaku atau tidak-PM

Video seks:Dakwaan konspirasi cuma untuk alih dari soal pokok ia berlaku atau tidak-PM

Written By AAKJ on Tuesday, March 29, 2011 | 3:47 PM

Sejak isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletup pagi Isnin lalu, Jumaat malam baharulah kali pertama wartawan berpeluang bertanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.

Lokasinya ialah sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

Isu berkenaan menguasai soalan yang ditujukan kepada Presiden UMNO di celah-celah kehangatan pihak pembangkang memekak mendakwa UMNO terlibat dalam misi menjatuhkan Anwar menerusi video yang didedahkan oleh Datuk Trio.

Perdana Menteri yang tenang berdepan dengan soalan mengenai isu yang menjadi perhatian seluruh negara sekarang menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Bekas Ketua Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Sharzly Eskay Abdullah secara terbuka telah mengaku mereka berdua bersama bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shuib Lazim yang bertanggungjawab mendedahkannya.

Bagi Perdana Menteri soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak adalah sangat penting.

“Sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya.

"...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana UMNO berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

"Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat juga berbincang mengenai jumlah keanggotaan terkini UMNO yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.


"Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada UMNO dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya.

Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 UMNO pada 11 Mei ini.

"Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Isyak seterusnya UMNO akan mengadakan satu majlis makan malam serta upacara menaikkan bendera," katanya


BASSO TAIK YAHUDI !! tuiHHH MUNG NUAR !!

TQ AGENDADAILY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger