Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, keputusan beliau untuk berundur daripada jawatannya adalah ikhlas dan rakyat boleh menilai menerusi sikapnya ketika mentadbir negeri ini sejak lebih 30 atau 40 tahun lalu.
“Anda boleh melihat sikap saya bagi tempoh lebih 30 atau 40 tahun lalu, saya tidak pernah berbohong kepada rakyat dan tidak bermain politik kotor.Beliau mengulas mengenai dakwaan DAP bahawa pengundurannya tidak ikhlas memandangkan Ketua Menteri yang telah berkhidmat 30 tahun itu tidak pula mengumumkan nama penggantinya.
Sebelum itu, Abdul Taib merasmikan majlis Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak Tahun 2011 dengan bertemakan ‘Ahli Majlis Pemacu Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan’ di sebuah hotel di sini.
ANAK BERANAK D SUSUN JADI WAKIL RAKYAT
Abdul Taib menjelaskan bahawa beliau tidak akan mengumumkan nama pengganti dengan segera kerana ia mungkin akan dijadikan isu oleh pihak pembangkang pada pilihan raya negeri ini.
“Kamu mahu kita umumkan, kamu fikir saya bodoh. Kenapa mereka (DAP) tidak mengumumkan pengganti terlebih dulu, mereka asyik bergaduh saja,’’ kata beliau.
Sabtu lalu, Abdul Taib mengumumkan beliau akan berundur selepas mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Beliau yang mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya itu berkata, keputusan untuk mengetuai jentera BN hanyalah bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dikenal pasti.
Ditanya mengenai senarai calon untuk pilihan raya kali ini, Abdul Taib memberitahu, nama-nama tersebut akan dikeluarkan sebelum hari penamaan calon dan mereka yang akan bertanding itu sudah mengetahuinya
Post a Comment