Datuk Seri Noh (kanan sekali ) menyampaikan cek Tekun kepada Pemilik gerai
TEKUN sasar usahawan jalanan, pasar malam tahun ini
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyasarkan peningkatan sekali ganda jumlah peminjamnya tahun ini dengan tumpuan kepada usahawan jalanan atau pasar malam.Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Ariffin berkata, sehingga kini TEKUN mempunyai 170,000 peminjam dan usaha sedang dilakukan bagi menarik usahawan jalanan menyertai skim tersebut.
"Mereka hanya memerlukan pinjaman sebagai modal pusingan tidak lebih RM5,000 walaupun TEKUN memperuntukkan pinjaman sehingga RM50,000.
"TEKUN tumpukan kepada mereka kerana menyedari golongan ini memerlukan bantuan selain untuk menggalakkan lagi ekonomi setempat,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Katanya, TEKUN memperuntukkan RM200 juta bagi membantu usahawan kecil tahun ini.
Post a Comment