DAULAT TUANKU !!!
Istana Mahkota Kelantan 30 Mac 2011, Satu majlis sambutan Keputeraan baginda Tuanku Sultan Ismail Petra di adakan di sini dalam suasana yang sederhana yang turut di hadiri sekitar 3 ribu Rakyat Jelata Negeri Kelantan Darul Naim.Turut sama dalam majlis pada petang semalam Raja Perempuan Tengku Anis dan Tengku Temenggong Tengku Fakry serta sanak saudara Kerabat Negeri Kelantan.
Pada majlis semalam rakyat Kelantan yang hadir sempat beramah mesra bersama Baginda Tuanku Sultan Ismail Petra yang di lihat semakin sihat dari penyakit Strok yang di alami baginda Tuanku.
Gomo yang hadir semalam dapat melihat bagaimana Tuanku Sultan Ismail Petra berinteraksi dengan rakyat walaupun percakapan baginda agak perlahan namun iaya di fahami oleh rakyat Jelata. Ada satu ketika di mana wartawan bertanyakan kepada Baginda Sultan sudah makan atau belum Baginda Sultan menjawap "sudah" dan bila di tanya lagi minum apa maka Baginda Sultan menjawap "susu" .
Syukur ini lah yang sebenarnya Rakyat Kelantan inginkan, yang mana Sultan mereka bertambah sihat dari masa ke semasa dan sihat seperti sediakala agar Baginda Tuanku dapat mencemar Duli mengunjungi mereka Rakyat di bawah ini.
Majlis semalam berlangsung pada jam lebih kurang 4.30 petang dan kemudiannya berakhir pada jam 6.00 petang akibat hujan yang turun yang mana memaksa Tuanku Baginda Sultan terpaksa di bawa ke dalam Istana bagi menjaga tahap kesihatan baginda Sultan.
Raja Perempuan Tengku Anis bersama Tengku Temenggong Tengku Fakry mengambil alih tugas Baginda Tuanku Sultan dengan beramah mesra bersama rakyat yang ada.
TERIMA KASIH PERMAISURI BONDA
Dalam majlis semalam juga Raja Perempuan Tengku Anis mewakili Baginda Tuanku Sultan bagi menyampaikan sumbangan kepada Ibu Ibu Tunggal dan juga anak anak Yatim serta pelajar Tahfiz yang ada di Kubang Kerian di mana tempat terletakknya Istana Mahkota Kelantan yang di diami Baginda Sultan ketika ini.
Gomo yang buat pertama kalinya dapat bersemuka dengan Baginda Tuanku Sultan amat terharu apabila seorang penyayi mendendangkan lagu Cek Mek Su di awal persembahan kerana Tuanku Sultan begitu gembira dan di lihat tersenyum sepanjang lagu itu di nyayikan. Di fahamkan lagu Cek Mek Su itu memang menjadi lagu kesukaan Baginda Sultan sejak dulu lagi.
Sebenarnya pada semalam Gomo ingin membuat temubual bersama Baginda Tuanku Sultan namun keadaan tidak mengizinkan kerana Flight jam 8 malam tidak memberi ruang buat Gomo berada di Istana Mahkota lebih lama kerana terpaksa bergegas kembali semula ke Kuala Lumpur.
KETAWA BAGINDA MENUNJUKKAN BAGINDA SULTAN SIHAT
Dua wanita di atas merupakan Anak saudara baginda Tuanku Sultan
Yang senatiasa bersama Tuanku dan amat rapat dengan baginda sejak Kecil lagi
Yang senatiasa bersama Tuanku dan amat rapat dengan baginda sejak Kecil lagi
Namun apa yang Gomo nak sampaikan kepada seluruh Rakyat Malaysia terutama nya Rakyat kelantan bahawasanya Keadaan Tuanku Sultan Ismail Petra bertambah baik dan sememangnya Baginda Tuanku tahu berfikir dan menentukan betul atau salah dalam sesuatu pekara.Ini yang sebenarnya Gomo nak bandingkan di Antara Kesihatan Baginda Tuaku Sultan dan Nik AZiz MB Kelantan.
Tuanku Baginda Sultan boleh Menitahkan sesuatu pekara tampa perlu bersidang kerana Baginda merupakan Raja dan Ketua Negeri. Namun MB seperti Nik Aziz tidak boleh dengan hanya memberikan Arahan semata mata tampa persidangan dengan Exco Kerajaan negeri yang lain.
Jangan Ingat LEVEL Nik Aziz setaraf dengan Sultan dan jangan rasa Sultan tidak mampu memerintah sebuah negeri apabila Baginda kurang upaya kerana yang mengerakkan pemikiran adalah Otak bukan seperti Nik Aziz yang Otak nya letak di LUTUT.
Akhir kata dari Papa Gomo Selamat menyambut Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan Ismail Petra semoga Baginda Tuanku bertambah Sihat dan kembali seperti sediakala. Gomo juga pinta agar anak anak Kelantan Khusunya mendoakan agar Baginda Sultan segera sembuh. Amin.......
TQ GOMO...TQTQTQ
Post a Comment