Label 10

Home » » REGIM NIK AZIZ BIN NIK MAT MENGAMOK !!!

REGIM NIK AZIZ BIN NIK MAT MENGAMOK !!!

Written By AAKJ on Thursday, March 10, 2011 | 1:17 PM

Yayasan Islam Kelantan (YIK) tutup

Sekolah Agama Nahdatul Islamiah di Kampung Jelor

tanpa alasan !!!



PASIR PUTEH: Tindakan Yayasan Islam Kelantan (YIK)menutup Sekolah Agama Nahdatul Islamiah di Kampung Jelor di sini yang dikendalikannya telah menimbulkan rasa kecewa ibu bapa murid.

Bekas pengerusi sekolah itu, Daud Idris, 56, berkata akibat daripada penutupan itu, 70 pelajar tingkatan satu, dua dan tiga, terpaksa dihantar ke sekolah agama lain dan ini menyusahkan ibu bapa.

Beliau memberitahu pemberita di sini, hari ini bahawa Sekolah Agama Nahdatul Islamiah ditutup Januari lepas tanpa alasan.





Sekolah itu menjadi pilihan murid dari sekolah-sekolah kebangsaan berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Jelor, SK Tasek dan SK Kubang Telaga untuk menyambung pelajaran di situ selepas mereka tamat sekolah rendah. Sekolah itu dibina secara gotong-royong daripada kayu pada tahun 1960-an hasil inisiatif penduduk kampung dan diberi nafas baru ketika Kerajaan Negeri diperintah oleh Barisan Nasional pada tahun 1980-an.

"Bagaimanapun, keadaan mulai berubah apabila tampuk pemerintahan kerajaan negeri diambil alih oleh PAS," kata Daud.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jelor, Zulkifli Shafie, 55, merayu kerajaan negeri mendaftar Sekolah Agama Nahdatul Islamiah dengan Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.




Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Jelor, Abdullah Mat Daud, meminta kerajaan negeri mengetepikan soal politik dalam bidang pendidikan.

pengurusan YIK enggan mengulas.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger