Label 10

Home » » PROJEK KAMBING PUTIH HUSAM MUSA ATAU NIK AZIZ ??

PROJEK KAMBING PUTIH HUSAM MUSA ATAU NIK AZIZ ??

Written By AAKJ on Thursday, March 10, 2011 | 12:49 AM


SATU UNDI SEKOR KAMBING !!!


JAMNAPARI


BOER


RM 6 JUTA LESAP ATAU D LESAPKAN ??

Projek Kambing yang telah di usahakan pada tahun 2007 yang mana sewaktu kempen pilihanraya 2008 Kambing kambing yang ada telah di agihkan kepada Pengundi bagi meraih Undi Politik PRU 12.
Apa sudah jadi dengan Projek Kambing Janapari tersebut?

KRONO :
PASIR MAS: Pusat Jualan ternakan Negeri akan diwujudkan di kawasan tanah rezab haiwan di Kampung Repek dekat sini, yang akan diurus syarikat PK Ecoresort Sdn Bhd dengan pemantauan dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Fama.
Menurut Pengerusi Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed, pada masa akan datang Kelantan dijangka mampu mengeluarkan baka kambing jenis tempatan yang mungkin dikenali sebagai ‘kambing Kelantan’.


Sebelum ini kerajaan negeri telah berjaya melancarkan program Jihad Ternak – penternakan kambing secara komersial jenis baka Jamnapari dan Boer.
Perasmian pusat itu dilakukan semalam. Manakala sebelah malamnya solat hajat diadakan di tapak pusat jualan tersebut.


Dr Nik Mazian berkata, dengan adanya pusat jualan ternakan, kerja-kerja pemasaran akan menjadi lebih mudah memandangkan ia akan menjadi pusat tumpuan utama pembeli kambing jenis baka baik.
Oleh itu beliau berharap penternak dan pengusaha yang ingin memasarkan kambing disaran memanfaatkan pusat tersebut.
“Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan program Jihad Ternak yang mana pusat penternakannya terletak di Rong Chenok dekat sini, bertujuan untuk mengembangkan baka kambing.
“Dan pusat jualan pula diwujudkan sebagai salah satu tempat untuk peserta yang terbabit dengan program Jihad Ternak mendapat baka kambing yang terbaik,” ujarnya.
Selain itu matlamat jangka panjang kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai ‘hub penternakan’.

Petikan Akhbar bertarikh 30 Julai 2007


Apa cerita dengan hasil dari pembangunan Projek Kambing yang di buat? Apa kesudahan nya? Takkan lah dari 2007 sampai sekarang tak nampak nampak lagi hasil yang di bangunkan dengan Projek Kambing Janapari ni?



"Sebanyak RM6 juta dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun Akademi yang sebahagian bertujuan digunakan untuk melaksanakan projek berkenaan. Projek itu selain dibantu oleh akademi, ianya dibantu oleh individu lain yang dikenali menjadi proxy si baju merah petak-petak ( HUSSAM MUSA)."

"Khabarnya cerita mengenai hal ini sudah sampai kepada pengetahuan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat? Beliau telah pun dipanggil dan telah membuat pengakuan kepada Tok Guru untuk membayar balik wang berkenaan. Orang yang boleh dirujuk ataupun dijadikan perawi untuk mengetahui hal Zulkefli ini ialah Ustaz Rahimi salah seorang pegawai khas Husam di Kubang Kerian dan juga sdr Khir Zuhri bekas pegawai Akademi."


HUSAM KENA BAYAR HUTANG ATAU NIK AZIZ YANG TANGGUNG BALA !

Isu Projek buat Rakyat Kelantan ini akhirnya di mamah Anai anai walhalkan Projek yang Bagus dan terbaik ini telah di bina dan di mulakan dengan cukup berjaya.

Apakah Nik Aziz akan terus lepas tangan dalam hal ini? Jika Begini pentadbiran Nik Aziz maka Apa yang di katakan olehnya dalam Membangun Bersama Islam adalah Hipokrit semata mata.

Wang Yang RM 6 Juta Macam mana boleh LESAP begitu sahaja?

sambung..tq mso n papagomo...

 






Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger