Label 10

Home » » Premium tanah di Sarawak antara terendah

Premium tanah di Sarawak antara terendah

Written By AAKJ on Sunday, March 20, 2011 | 3:44 PM



Premium tanah di Sarawak antara terendah: Awang Tengah

Premium tanah di Sarawak masih antara yang
terendah di Malaysia dan malahan pembaharuan pajakan tanah turut dilaksanakan
secara automatik, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua negeri

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Menyangkal dakwaan parti-parti pembangkang bahawa Sarawak mengenakan kadar premium tanah amat tinggi, beliau memberikan contoh Sarawak hanya mengenakan
kadar RM1,000 bagi sebuah rumah teres manakala di Gelugor, Pulau Pinang, pemilik
rumah sedmikian perlu membayar RM12,000.

Beliau merujuk kepada kajian oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dan berkata
Pulau Pinang dan Selangor mengenakan premium beberapa kali ganda lebih tinggi
daripada Sarawak bagi geran tanah yang akan tamat tempoh 20 tahun lagi dan telah
dikemukakan bagi pembaharuan pajakan untuk tempoh lebih 99 tahun.

"Sarawak hanya mengenakan RM1,000 bagi sebuah rumah teres, RM3,000 bagi rumah kembar dua dan RM6,000 bagi rumah sebuah di bawah kategori pajakan 60
tahun dan masing-masing RM1,300, RM3,900 dan RM7,800 bagi kategori pajakan 99
tahun," kataya kepada Bernama.
Kajian itu meliputi kaedah pembaharuan pajakan tanah dan premium yang
dikenakan di Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.
Awang Tengah berkata pemilik di Gelugor, Pulau Pinang perlu membayar
RM12,000, RM36,000 dan RM61,000, masing-masing bagi rumah teres, kembar dua dan
sebuah dalam kategori pajakan 99 tahun.
Kajian itu menunjukkan pemilik rumah di Pulau Pinang perlu membayar premium
bagi pembaharuan pajakan lapan kali ganda lebih tinggi daripada pemilik rumah di
Sarawak.
Selain itu, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak juga menimbangkan
kadar premium berdasarkan merit bagi kes tertentu.

Beliau menyenaraikan beberapa penemuan dalam kajian itu:

• Di Shah Alam di Selangor, kadar pembaharuan pajakan 99 tahun ialah
RM25,000, RM55,000 and RM71,000 masing-masing bagi rumah teres, kembar dua dan
sebuah. Ini 19, 14 dan sembilan kali ganda lebih tinggi daripada di Sarawak.
• Rumah kediaman di bawah pajakan 60 tahun di Sarawak dikenakan bayaran
RM40,000 dan RM20,000 di bandar utama dan bandar sekunder manakala di pekan luar
bandar dikenakan bayaran RM10,000. Bagi pajakan 99 tahun, kadarnya ialah
RM52,000, RM26,000 dan RM13,000. Sebagai perbandingan, rumah kedai di bawah
pajakan 99 tahun di George Town dan Sungai Nibong di Pulau Pinang,
diklasifikasikan sebagai bandar utama, masing-masing dikenakan bayaran RM204,000
dan RM150,000.
• Di Selangor, pemilik rumah kedai dua tingkat perlu membayar RM150,000 bagi
setiap unit di Seksyen 17, Shah Alam manakala pemilik di bandar utama di
Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu hanya membayar kadar RM52,000 bagi pajakan 99
tahun.
Selain itu, Pulau Pinang dan Selangor tidak mengamalkan pembaharuan pajakan
tanah secara automatik sepertimana didakwa pembangkang, kata Awang Tengah.
Mengenai Tanah Adat pribumi, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak
telah meluluskan dan mewartakan 27 lokasi meliputi kawasan seluas 21,286 hektar
sebagai tanah komunal Bumiputera pada 2010.
Tanah itu melibatkan 10,880 penuntut tanah adat dari 16 kampung dan 68 rumah
panjang daripada pelbagai kumpulan etnik di seluruh negeri.
Bagi 2011, Awang Tengah berkata 107 kawasan tanah adat berjumlah 377,370
hektar telah diluluskan untuk diukur dan diwartakan sebagai tanah komunal
Bumiputera. Kira-kira 57,061 penuntut daripada pelbagai lapisan masyarakat akan
mendapat faedah daripada program itu.
Kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta bagi kaji ukur tanah adat bagi
2011-2012 untuk menandakan sempadan tanah adat dan tanah kerajaan negeri.

SAYANG BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger