Sebanyak 650 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 telah dijual sejak 25 Mac lepas sehingga 12 tengah hari ini.
Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berkata borang-borang yang dibeli oleh bakal calon atau wakil bakal calon itu melibatkan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya itu yang akan diadakan pada 16 April.
"Satu set borang berharga RM20. Saya menjangkakan pembelian borang ini akan semakin rancak sehari sebelum penamaan calon pada 6 April nanti,” katanyaketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak Datu Takun Sunggah ketika dihubungi berkata masalah borang yang tidak cukup di beberapa kawasan berlaku kerana penghantaran awal tidak melibatkan bilangan yang banyak.
"Mula-mula dulu RO (Pegawai Pengurus Pilihan Raya) nak cepat, kita beri dulu lima set (bagi setiap kawasan DUN). Tak ada masalah borang tak cukup... borang tu cukup,” katanya.
"Kalau kawasan itu tak cukup borang, kita akan hantar segera. Banyak bakal calon dapatkan borang dengan RO. Kalau mereka datang ke SPR, masalah (borang tak cukup) takkan berlaku,” katanya.
Post a Comment