Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.
Datuk Fadzil Nor gagal menyelesaikan pertelingkahan antara mangsa tragedi Memali dengan pihak pengurusan Tabung Mangsa Memali, PAS menghantar pula ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu bagi mengendurkan ketegangan.
Ketika berceramah di Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali, Mohamad Sabu mengimbas kembali Tragedi Memaii bagi mencetuskan semangat para pendengar dan mengalihkan tumpuan dengan mendakwa bahawa isu Tabung Mangsa Memali yang dihebohkan itu adalah hasutan musuh-musuh PAS. Dengan suara lantang beliau menyalahkan semua akhbar harian.
Mohamad Sabu juga mengajak balu dan mangsa kembali kepada parti dan hidup sebagai satu masyarakat serta kumpulan yang terpaksa menghadapi segala cabaran bersama. Beliau turut menggesa mangsa dan balu agar berwaspada dengan golongan 'tumpang kasih'.
”Kasihan mereka sebenarnya sementara sahaja sedangkan kasihan kita (PAS) berpanjangan", katanya.
Mohamad Sabu juga turut merayu kepada mereka yang terlibat supaya jangan mengadu kepada pihak 'musuh' sekiranya berlaku sebarang masalah.
Sementara itu, beberapa balu yang menghadiri ceramah 'penjelasan' itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu, yang disifatkan oleh mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan.
"Kalau ada TV, akhbar-akhbar yang cuba membela mangsa Memali, ini adalah adalah hipokrit dan munafik nombor satu," ucapnya.
isteri syuhada murahan.
"Saya tidak mengadu kepada musuh tetapi mengadu kepada pihak yang diiktiraf PAS iaitu polis dan dianggap mengadu kepada musuh", katanya.
Menurut Zainon, balu dan mangsa tiada jalan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis setelah usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu.
Post a Comment