THE KHAWARIJ..SESAT SAMPAI KIAMAT !!
NEW EPISODE..
Bersikap Keras Sesama ISLAM Tetapi MELELEH Terhadap Golongan KAPIR !!
Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan golongan Khawarij sangat cenderung untuk membunuh atau menjatuhkan hukum terhadap orang Islam, tetapi sangat bersikap sangat lunak terhadap penyembah berhala dan kaum kafir.
Sebuah riwayat Abdil Bar menceritakan, “Ketika Abdullah bin Habbab bin Al-Art berjalan dengan isterinya, mereka telah bertemu dengan golongan Khawarij. Golongan Khawarij tersebut telah meminta Abdullah untuk menyampaikan hadis-hadis yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. Kemudian Abdullah menyampaikan hadis tentang terjadinya fitnah:
(Maksudnya) “Yang duduk pada waktu itu lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan….”
Golongan Khawarij itu segera bertanya, “Adakah engkau mendengar sendiri daripada Rasulullah?” Demi dijawab ‘ya’ oleh Abdullah, serta-merta mereka memenggal kepala Abdullah. Isterinya yang sarat mengandung turut dibunuh dan janin yang sedang dikandungnya dikeluarkan.
Dalam satu peristiwa yang lain di Kuffah, golongan Khawarij telah melihat seekor babi yang kemudiannya mereka bunuh haiwan tersebut. Namun setelah diingatkan bahawa babi berkenaan milik seorang kafir Zimmah, si pembunuh babi tadi segera mencari tuan punya haiwan yang telah dibuuh itu, langsung meminta maaf dan membayar tebusan.
Golongan Khawarij seringkali digambarkan di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w sebagai golongan muda yang hanya mempunyai semangat yang meluap-luap. Manakala pengalaman mereka terlalu cetek. Malah pemahaman mereka terhadap agama juga sangat dangkal sehinggakan mereka digelarkan sebagai Sufahaa-ul ahlaam (orang bodoh). Mereka berdakwah kepada manusia agar mengamalkan al Quran dan kembali kepada ajaran al Quran sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkannya dan memahami isi kandungan al Quran. Bahkan mereka sangat cenderung untuk memilih bahagian-bahagian al Quran yang dirasakan bersesuaian dengan hawa nafsu mereka dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Sesuatu yang sangat pasti ialah golongan Khawarij sangat mudah keluar dari Islam sama ada mereka sedar atau sebaliknya sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.”
Golongan Khawarij akan sentiasa wujud sehingga kedatangan kiamat sebagaimana yang tercantum dalam sebuah hadis yang bermaksud, “‘Mereka akan sentiasa keluar sampai yang terakhir keluar bersama-sama Al-Masih ad-Dajjah.”
Khawarij adalah seburuk-buruk makhluk dan berkedudukan sangat rendah di kalangan umat Islam. Pada hari akhirat, merekalah yang disebutkan sebagai ANJING NERAKA. Dek kerana itulah, Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyuruh kita agar membunuh mereka seandainya bertemu mereka.
Khawarij akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Bermula dengan ketidakpercayaan (‘adamuts tsiqah) sebahagian mereka kepada pemimpin kaum Muslimin iaitu Syaidina Uthman Affan r.a yang mereka anggap tidak adil, pengamal nepotisme dan kronisme sehinggalah ke zaman kini di mana mereka bertindak sebagai pemecah belah umat Islam dengan teori-teori atau dogma-dogma politik mereka dalam mencari kekuasaan.
Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, Al-Fatawa menyatakan Khawarij adalah Firqah Bathil yang pertama muncul dalam Islam.
“Bidaah yang pertama muncul dalam Islam adalah bidaah Khawarij”
aakj : pikir pikirlah sendiri..kat alam maya ni bukan main lagi dok meronta meminta hudud..walhal anjing2 inilah yg sebenarnya yg tolak hukum ILAHI
Post a Comment