ANWAR IBRAHIM DIBERI PELUANG CERITA DIA MELIWAT ATAU TIDAK !!!
“Pada malam itu, saya hadir sebagai Ketua Wanita UMNO. Semua yang hadir diberi peluang untuk bercakap oleh Dr. Mahathir. Sebelum itu, Dr. Mahathir menceritakan perkara yang berlaku termasuk salah laku Anwar dan kemudian menyerahkan kepada kami semua untuk membuat keputusan.
“Semua yang hadir pada malam itu bercakap dan memberi pendapat masing-masing, malah Anwar juga diberi peluang untuk bercakap bagi mempertahankan dirinya daripada tuduhan itu.
“Dia (Anwar) bercakap dalam keadaan marah dengan suara yang tinggi dan menuduh apa yang berlaku itu adalah konspirasi Dr. Mahathir untuk menjatuhkannya,”
Beliau berkata, tuduhan Anwar yang mengatakan dirinya dianiayai dan tidak diberi peluang untuk bercakap serta mempertahankan diri ketika itu adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, walaupun ada kalangan ahli MT yang tidak bersetuju Anwar dipecat, namun majoriti yang hadir mahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada jawatannya.
Menurutnya, selepas keputusan itu dibuat, Anwar diminta keluar dari bilik mesyuarat namun beliau enggan melakukannya.
“Tetapi setelah didesak oleh semua ahli MT yang hadir, akhirnya Anwar keluar dengan perasaan tidak puas hati. Sebelum keluar, Anwar sempat mengulang kenyataannya bahawa apa yang berlaku malam itu adalah rancangan Dr. Mahathir dan itu semua sudah dirancang untuk menjatuhkannya,” katanya.
NAK KONA KEMANA LAGI NUAR....
Post a Comment