Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. “Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.” Kita tidak perlu mempunyai pengetahuan undang-undang yang mendalam untuk memahami bagaimana Menteri Besar cuba menipu Sultan Selangor dan rakyat Selangor.
Selepas pindaan yang dicadangkan, cuba interpretasikan frasa ini: “Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.” Ia bermaksud Sultan Selangor ‘hendaklah’ merujuk kepada Menteri Besar dalam soal pelantikan SUK.
MB berkuasa penuh, bukan Sultan
‘Hendaklah’ dalam bahasa Inggeris disebut ‘Shall’ yang bermaksud ‘WAJIB’ untuk Sultan Selangor mengikut kehendak Menteri Besar dalam melantik SUK. Jadi “the last word must come from Menteri Besar” yang secara tidak langsung mempunyai kuasa penuh untuk menentukan pelantikan SUK dan bukan Sultan Selangor! Beza dengan kaedah sekarang, Menteri Besar tidak mempunyai kuasa pemutus dalam pelantikan SUK, sebaliknya Sultan Selangor mempunyai kata pemutus memilih nama yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jadi, di manakah yang disebut-sebut oleh Menteri Besar bahawa pindaan yang ingin dilakukan akan mengembalikan kuasa Sultan Selangor?
Hakikat yang sebenar pindaan yang UMNO buat pada 1993 telah menjadikan Sultan Selangor lebih berkuasa manakala pindaan yang dicadangkan sekarang akan MENGHAKIS, MEMBUANG, MERAGUT kuasa Baginda. Menteri Besar juga sebenarnya
telah merampas dan mencuri kuasa sultan dengan memperkasa kuasanya sendiri untuk mencengkam baginda dalam isu ini.
Rakyat di negeri ini mengetahui Abdul Khalid mempunyai kerajaan yang lemah dan tidak mempunyai majoriti 2/3 untuk meminda perlembagaan negeri ini. Oleh yang demikian manamungkin pindaan boleh dilakukantanpa sokongan AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan pindaan ini amat sia-sia kerana ia akan ultra vires dengan Perlembagaan
Persekutuan dari hal kuasa SPA. Maknanya Sidang Khas DUN Selangor ini tidak lebih daripada sekadar episod ceritera wayang politik berjudul
‘Abdul Khalid Derhaka.’
Hasrat mengadakan Sidang Khas Dewan Undang an Negeri (DUN) untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bukan memberi kuasa kepada Sultan Selangor sebaliknya menjadikan Abdul Khalid seperti seorang Maharaja!
Pindaan yang dicadang kan Menteri Besar itu ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:
“Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan surat cara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan,
Post a Comment