“Jika anda berada di Putrajaya, jemputlah datang ke Sri Perdana & melawat kediaman rasmi saya”
Najib mewar-warkan jemputan itu melalui laman Twitter dan Facebooknya.
Dalam mesejnya Najib menulis: “Jika anda berada di Putrajaya, jemputlah datang ke Sri Perdana & melawat kediaman rasmi saya”. Maklumat lanjut mengenai Sri Perdana boleh diakses menerusi laman web www.seriperdana.gov.my Dibina pada 1997, Kompleks Seri Perdana di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, juga merupakan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, dan Pembesar-pembesar negeri.
Selaras dengan prinsip Sri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Sri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai. Sri Perdana dibuka untuk lawatan berpandu (guided tour) setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang, tetapi permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya tujuh hari sebelum tarikh lawatan.
Manakala setiap Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan am pelawat boleh mengunjungi kediaman itu secara walk-in.
Kediaman itu ditutup setiap Jumaat untuk penyelenggaraan. Jemputan personal Perdana Menteri melalui laman Twitter dan Facebook itu mendapat sambutan menggalakkan.
Kira-kira 200 pengikut laman Facebook beliau mengalu-alukan jemputan lawatan berkenaan
+ comments + 1 comments
salam perkenalan...tuan sy telah link kan blog tuan di blog sy...sy harap tuan dapat link kan blog sy di blog tuan...
TQ
http://malaydelima.blogspot.com/
Post a Comment