pelantikan Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan rakyat.
"Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komuniti adalah menepati kriteria sebagai Pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka.
"Pada masa ini, tiada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham,” kata Najib.
"Permintaan terhadap komoditi utama Felda iaitu keluaran sawit terus kukuh dan berdaya saing di pasaran antarabangsa,”
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah tidak berasas dan tidak relevan.
"Adalah tidak benar pelantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Post a Comment