GOBALA BEBAS..TAK PERLU JADI BABI SITTER ANWAR BIN IBRAHIM LAGI !!
''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," N. Gobalakrishnan .
Ansuran 2 kereta pengawal Anwar d bayar Gobala !
kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan dua kereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikan keselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu terjamin.
''Untuk membayar pembantu peribadi saya perlu bayar sebanyak RM2,000 namun saya korbankan demi untuk membayar (dua) kereta pengawal peribadi bakal Perdana Menteri kita supaya beliau selamat.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.Gobalakrishnan berkata, hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidup dalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadi setaraf dengan kedudukan masing-masing.
Beliau berkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalam PKR.
''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," katanya.
Sementara itu, ketika menjawab celahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), beliau berkata, penglibatannya di dalam arena politik bukan disebabkan jawatan.
''Sejak saya berada di dalam MIC dan kemudian keluar MIC sertai pula PKR bukan disebabkan jawatan.
''Saya ikhlas berjuang untuk rakyat dan saya tidak ada apa-apa niat. Saya juga pernah menjadi pekebun sayur di Cameron Highlands pada tahun 2004 sehingga Machang mengakui kehebatan saya mengusahakan kebun sayur," ujarnya.
Beliau sempat mendedahkan tindakan Saifuddin meninggalkan PKR pada satu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar pada akhir ucapannya sebelum diminta duduk oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dalam pada itu, beliau diberikan ucapan tahniah terutama daripada penyokong-penyokong kerajaan atas keputusannnya keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula persidangan kali ini.
Post a Comment