Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar
Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain
Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.
Penulis blog
Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog
http://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:
Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."- UTUSAN
Post a Comment