Lebih 200,000 permohonan kerja diterima sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
"Kita akan minta syarikat-syarikat yang mengambil bahagian untuk memberikan perkembangan sama ada jawatan yang ditawarkan itu berjaya diisi oleh pencari kerja yang datang pada karnival ini," katanya ketika ditemui sewaktu meninjau karnival itu, di sini hari ini
.
Karnival Kerjaya Pemuda BN yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan karnival terbesar seumpamanya pernah diadakan di negara ini dan berjaya menarik hampir 500,000 pengunjung sejak diadakan Jumaat lalu.
Antara syarikat dan organisasi terkemuka yang mengambil bahagian adalah Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Kumpulan Naza, Proton Holdings Berhad, Iskandar Malaysia, Uda Holdings, Celcom, Tabung Haji, Telekom Malaysia dan Bursa Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, kata Khairy, Pemuda BN akan mempertimbangkan permintaan supaya karnival itu turut diadakan di negeri-negeri lain terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Katanya, Pemuda BN juga akan memohon kepada institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus mekanikal dan kemahiran di peringkat sijil untuk turut menawarkan biasiswa di bawah program Biasiswa Pendidikan Pemuda BN (BN YES).
''Malah, kita juga ada menerima beberapa lagi sumbangan daripada institusi pengajian tinggi swasta di bawah BN YES ini yang akan diumumkan kepada media dalam masa terdekat,'' kata beliau.
sayang utusan
Post a Comment