Label 10

Home » » ANWAR GELABAH !! MANA MAU LARI !!

ANWAR GELABAH !! MANA MAU LARI !!

Written By AAKJ on Wednesday, March 23, 2011 | 8:31 AM


Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
















Zulkifli : maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.
“Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

“Di sinilah video itu memainkan peranan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.
Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.
















“Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?
“Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini.

Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?” katanya.
Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’.
















Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.
“Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA,” katanya.

AAKJ: NALLA MASIH SIMPAN RAHSIA ATAU MEMANG TIADA APA2 ??
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger