Label 10

Home » » SYABAS..SYABAS DAN TAHNIAH..TABUNG BUDI !!

SYABAS..SYABAS DAN TAHNIAH..TABUNG BUDI !!

Written By AAKJ on Friday, February 11, 2011 | 4:06 PM


Ada kebarangkalian juga pentadbiran Menteri Besar Selangor yang begitu gila mahu menguasai Syabas kerana sedang berkira-kira untuk untung mudah “atas angin” melalui pembelian Syabas.




di mana letaknya rasional kenyataan Faekah bahawa kerajaan negeri akan dapat berjimat hingga RM30 billion jika mengurus air sendiri sedangkan hakikatnya kerajaan negeri hanya akan memperjudikan industri air di Selagor termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.



KALID PENYAPU..GAGAP DAN KUAT KELENTONG !!
STOP BERBOHONG !!

Dakwaan bahawa kerajaan negeri boleh menjimatkan hampir RM1 bilion setahun, manakala rakyat boleh berjimat RM30 bilion jika mengambil alih pengurusan air daripada empat syarikat konsesi ternyata satu kenyataan yang amat mengelirukan. Kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin sendiri tidak menjelaskan dari mana datangnya RM30 bilion itu atau apakah angka itu mahu merujuk kepada jumlah yang perlu dibayar kepada Syabas untuk program pemberian air percuma.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah akibat pemberian air percuma, kerajaan negeri terpaksa menanggung kos yang tinggi dan kerana itu mereka mahu mengambil alih Syabas seolah-olah mereka tidakperlu bayar kepada syarikat konsesi itu lagi.

BERBELIT SEMBELIT

Khalid tidak menjelaskan kepada rakyat bahawa sekiranya kerajaan negeri membeli keempat-empat syarikat konsesi tersebut, mereka bakal kehilangan pendapatan sebagai hasil kepada kerajaan negeri
Barangkali rakyat juga tidak diberitahu bahawa kerajaan negeri mempunyai pegangan saham di dalam Syabas sebanyak 30 peratus!

Jika kerajaan negeri tidak mahu membayar RM30 bilion walaupun telah membeli Syabas, bagaimana mereka mampu menampung kos operasi yang tinggi yang sekarang ini ditanggung oleh syarikat konsesi itu?

STOP BERBOHONG !

Khalid PENYAPU mengumumkan kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus untuk pengguna air di Selangor menerusi proses penstrukturan industri air di Selangor yang masih dalam rundingan.
Katanya, mengikut perjanjian penswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syabas pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menetapkan kenaikan tarif air pada kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015.


NANYUK..BEBAL..GAGAP !

Beliau lupa bahawa pakatan pembangkang pernah berjanji pada pilihan raya umum lalu bahawa mereka juga tidak akan menaikkan tarif air sekiranya berjaya menjadi kerajaan negeri.
Malah Khalid juga terlupa hendak memberitahu rakyat bahawa sampai bila tarif kenaikan sebanyak 15 peratus itu akan kekal dalam tempoh 30 tahun, jumlah kenaikan itu sebenarnya lebih besar berbanding perjanjian yang ditangani oleh Syabas bersama kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sebagai pembekal air di negeri ini.

sumber: selangorterkini


shhHHH !!! ANJING2 KAUT DUIT MASJID NI INGAT RAKYAT BODDOH !

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger