CERAMAH SSDE di Pandamaran Jaya
Datuk Seri Noh Omar menceritakan bagaimana perasaan beliau apabila hadir ke majlis pecah tanah UITM di Melaka yang sepatutnya dibina di tanah YBK di Serendah. Beliau hampir menitik air mata apabila beliau melihat bagaimana rakyat Selangor terlepas peluang menikmati kemudahan pembelajaran dan peningkatan ekonomi hanya kerana kerajaan PKR Selangor lebih mementingkan sikap menjaga hati parti lain daripada memikirkan nasib anak bangsa sendiri.
Datuk Noh juga membangkitkan isu perlantikan Pengurus Besar Yayasan Selangor yang lebih mementingkan kronisme daripada memilih orang yang betul-betul layak. Beliau mencabar Exco Pendidikan Dr Halimah supaya menyatakan dengan terbuka siapa calon yang beliau mahukan untuk jawatan Pengurus Besar selepas sesi temuduga dijalankan.
Apa yang lebih menarik Datuk Noh mengatakan bahawa LAPORAN AUDIT DALAMAN YAYASAN SELANGOR berada di tangan beliau. Janji Khalid Gagap untuk mendedahkan kepada rakyat laporan tersebut hanya tinggal janji. Baru-baru ini Khalid Gagap cakap laporan masih belum siap..nampak sangat penipu si Gagap nie.
Fuhh..panas betul cuaca di Selangor sekarang. Pendedahan MBI baru saja bermula. Tidak lama lagi cerita Yayasan Selangor akan kembali. Mungkin ada cerita besar yang membuatkan Khalid Gagap takut untuk dedahkan kepada umum hasil laporan tersebut.
Datuk Noh siap pesan kepada Khalid Gagap, Faekah dan Badrul Amin bukan lawan dia..2 orang balaci ini hanya layak untuk bertembung dengan Ketua Bahagian atau Naib Ketua Bahagian saja. Datuk Noh nak dengar apa komen Menteri Besar bukan balaci-balaci ini. Menteri lawan Menteri ler takkan suruh pencacai yang jawap. Tak ada telur ker? Bukan susah pun nak jawap tuh..tapi make sure cakap tuh biar lancar..kalau asyik berenti-berenti jer..wartawan tak faham lak nanti...
TQ KITAGEMPUR
Post a Comment