Label 10

Home » » PARTI PAS MEMANG CELAKA !!

PARTI PAS MEMANG CELAKA !!

Written By AAKJ on Wednesday, February 23, 2011 | 3:34 PM

MENGHINA PENIAGA KECIL MELAYU KELANTAN DGN NAMA " BIAWAK PASIR "

“Peniaga kecil kena fikir dengan otak soal harga, jangan fikir dengan kepala lutut. – Dato’ Nik Mohd Amar, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, 28 Januari 2011″


menghina peniaga-peniaga Melayu dengan menggelarkan mereka ‘biawak pasir’.
Ucapan Nik Amar itu telah dirakamkan oleh unit IT PAS dan mereka dengan bangganya hari ini menjual dan mengedarkan vcd bertajuk Biawak Pasir – Penjelasan Isu Bazaar Tok Guru.

KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN PENIAGA PASAR LAMA MPKB DAN PERSATUAN PENJUAL PASAR LAMBAK ARKED UDA SEBAGAI MENJAWAB KENYATAAN YB DATO NIK AMAR ABDULLAH SEMASA CERAMAH MINGGUAN DI MEDAN ILMU JALAN DATO PATI KOTA BHARU
PADA 28 JANUARI 2011

Kenyataan Dato’ Nik Amar (DNA) : Tujuan Kerajaan Negeri membina Bazaar Tok Guru adalah untuk menempatkan kesemua  peniaga Pasar lama MPKB yg akan berpindah dengan lot asal 300 unit. Saiz gerai menjadi terpaksa dikecilkan kerana Peniaga UDA seramai 115 orang diminta berpindah oleh UDA Holding dan kami merayu kepada pimpinan kerajaan untuk berpindah ke Bazaar Tok Guru. KESIMPULANNYA LOT BAZAAR TOK GURU MENJADI SEMPIT KERANA CADANGAN ASAL HANYA UNTUK PASAR LAMA MPKB SAJA,
JAWAPAN: Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Penjual Pasar Lambak UDA telah menandatangani MOU bersama YAB Tok Guru dan CEO PMBK pada 6/3/2008, 2 hari sebelum PRU12 menyatakan bahawa PMBK akan membina ruang niaga untuk kedua-dua Persatuan di Bazaar Tok Guru. Rundingan asal bersama CEO PMBK menyatakan bahawa lot gerai Bazaar Tok Guru ialah 12”x 15, tetapi wakil persatuan menyatakan bahawa cukuplah saiz 10”x12”. Saiz menjadi kecil selepas PRU12 dan CEO PMBK memaklumkan bahawa YAB Tok Guru bersetuju melantik Pemaju Sensa Timur dengan perjanjian yg telah dipersetujui bersama.
Kenyataan DNA: Kedua-dua wakil persatuan telah bersetuju dengan saiz 6”x7”, biar sempit asal dapat lot bawah. Buktinya melalui minit mesyuarat bersama Dato TMB.
JAWAPAN: Kedua-dua wakil persatuan hanya hadir sekali mesyuarat bersama J/Kuasa Kecil Bazaar  Tok Guru manakala 2 kali lagi panggilan mesyuarat dibatalkan. Wakil kami hanya bertegas untuk mendapatkan lot tingkat bawah, manakala saiz tidak diberi pilihan kerana pembinanaan tetap diteruskan walaupun perbincangan masih belum selesai.
Kenyataan DNA: Harga sepatutnya RM 80,000/lot tetapi dikurangkan selepas subsidi kerajaan iaitu RM 70,000/lot.
JAWAPAN: Kami kedua-dua persatuan masih belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan harga yg bakal ditawarkan dan kaedah sewa juga belum ditetapkan.
Kenyataan DNA: Tidak ada premis perniagaan yg diberi percuma dalam dunia, semuanya premis perniagaan adalah berbayar di mana-mana lokasi  sekalipun.
JAWAPAN: Kami kedua-dua persatuan tidak pernah mendesak Kerajaan Negeri untuk mendapatkan premis perniagaan secara percuma.  Kami adalah generasi peniaga yg tahu adat / hokum hakam dalam perniagaan. Andaian oleh Dato Nik Amar menghina kami peniaga kecil seolah-olah kami peminta sedekah.
Kenyataan DNA:  Peniaga Arked UDA adalah warisan Pasar Lambak depan Bangunan UMNO yg dihalau untuk perasmian Bangunan UMNO Kelantan.
JAWAPAN: Arked UDA dan Pasar Lama MPKB adalah lokasi perpindahan peniaga Pasar Lambak Depan Bangunan UMNO yg disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan YAB Tan Sri Mohamed Yaacob. Kami diberi pilihan untuk berpindah ke Pasar Lama MPKB @ Arked UDA.
Kenyataan DNA: Harga Bazaar Tok Guru RM 70,000 tidak mahal, kalau harga Arked UDA RM 70,000 baru mahal kerana serba dhaif dan atap buruk sana sini.
JAWAPAN: Adalah tidak adil untuk membandingkan sebuah bangunan berusia 24 tahun dengan bangunan yg baru siap. Tiada logic langsung. Sila perhatikan sebelum tahun 1990, Kerajaan Negeri membina PASAR LAMA MPKB, ARKED UDA, BAZAAR BULOH KUBU, PASAR SITI KHADIJAH, ARKED PERBADANAN yg disewa antara RM 90.00 hingga RM 350.00 dan saiz bangunan paling kecil 10” x 8” hingga 15”x 20”.
Kenyataan DNA: Peniaga kecil kena fikir dengan otak soal harga, jangan fikir dengan kepala lutut. Harga Bazaar Tok Guru akan melonjak dlm tempoh 5 tahun akan datang.
JAWAPAN: Ahli politik seperti Dato Nik Amar yg tiada pengalaman berniaga, tidak layak mengajar peniaga kecil cara berniaga. Kami peniaga kecil, cari makan untuk menampung belanja seharian bukannya perlu berfikir untuk 5 tahun akan datang seperti ahli politik berfikir soal pilihanraya umum 5 tahun sekali.
Kenyataan DNA: Kerajaan Negeri Kelantan berpandangan jauh dlm urusan penempatan peniaga kecil spt contoh Pasar Borong Wakaf Che Yeh yg kononnya menjadi rebutan peniaga.
JAWAPAN: Jangan terlalu ghairah menilai suasana Pasar Wakaf Che yeh, minta Dato nik Amar menilai dari sudut mikro dan makro ekonomi…hanya 1/8 peniaga Berjaya di Wakaf Che Yeh, selebihnya hidup segan mati tak mahu. Lihat juga kegagalan KB BAZAAR, BAZAAR WAKAf CHE YEH, KEDAIi MAKAN PADANG BAS di belakang Flet buloh Kubu, ARKED PELANGI MALL.
Kenyataan DNA: Kalau kerajaan Negeri buat pekak badak, apa akan jadi dengan peniaga Arked UDA jika dihalau oleh UDA Holding?
JAWAPAN: Minta Dato Nik Amar berfikir sebelum bercakap, apa kesan dari sudut politik jika Kerajaan Negeri lepas tangan dalam isu Arked UDA.
Kenyataan DNA: Peniaga terima dulu lot yg kecil, nanti suatu hari akan dibesarkan seperti dongeng rumah kayu dan rumah batu.
JAWAPAN: Peniagaan akan menghadapi masalah jika berniaga di gerai yg sempit dan janji untuk perbesarkan lot akan tinggal janji sahaja. Isu Bazaar Tok Guru juga adalah mitos janji sebelum PRU12 yg masih mencari kambing hitam.
Bersama-sama surat jawapan ini dilampirkan bersama surat jemputan MOU dan aturcara pecah tanah untuk makluman. Tolong jangan mudah melatah, kami dengan ini menyatakan kesediaan untuk berdialog dalam isu Bazaar Tok Guru bersama YB Dato Nik Amar dalam masa segera.
Yang benar,
Abdul Salim B Ahmad
Pengerusi
Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB
Borhan B Mohd Nor
Pengerusi
Persatuan Penjual Arked UDA
(TQ KICK)


Persatuan Peniaga Pasar Besar MPKB dan Persatuan Penjual Arked UDA menggesa Kerajaan Pas Kelantan supaya berhenti 'main wayang' dengan memberi pelbagai alasan berhubung kegagalan menyelesaikan isu Bazar Tok Guru.

Ini kerana 412 peniaga daripada kedua-dua persatuan itu berasa amat tersinggung dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kelmarin bahawa UDA Holdings Bhd. diberi tempoh sebulan untuk mengemukakan pelan pembangunan tapak Pasar Lambak Arked UDA di Seksyen 11 di sini dan jika gagal, kawasan itu akan diambil semula.

Justeru, mereka meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung penjualan tapak dan bangunan Pasar Besar MPKB milik Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) kepada sebuah syarikat pemaju yang turut terlibat dalam projek Bazar Tok Guru.

Pengerusi Persatuan Pasar Besar MPKB, Abd. Salim Ahmad turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih tanah UDA Holdings Bhd., sedangkan bangunan serta tapak Pasar Besar MPKB dijual kepada sebuah syarikat pemaju pada 2009.
"Daripada mereka sibuk mahu mengambil alih tanah milik UDA, lebih baik menebus semula Pasar Besar MPKB daripada pemaju.

"Kami pelik, sebelum ini mereka kata bangunan ini tidak selamat untuk diduduki dan perlu berpindah ke Bazar Tok Guru tetapi sekarang ada pemajak yang mengutip sewa daripada kami.
"Kenapa sibuk dengan tanah UDA, kenapa tidak lihat projek sendiri. Bangunan ini dijual kepada pemaju tanpa sebarang perbincangan dengan kami sehinggalah kami dipanggil untuk diberitahu tentang pembinaan Bazar Tok Guru bagi menempatkan peniaga dari kedua-dua pasar ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sebelum ini, peniaga terbabit mendakwa kerajaan negeri mungkir janji kerana menyediakan ruang perniagaan sempit di Bazar Tok Guru tidak seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Peniaga daripada kedua-dua pasar terbabit diminta berpindah ke Bazar Tok Guru selepas premis perniagaan mereka dikatakan terlalu uzur dan tidak selamat untuk diduduki.
Abd. Salim berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa tapak Pasar Lama MPKB dijual kepada sebuah syarikat pemaju dan sewajarnya kerajaan negeri memberi penjelasan.
"Saya membuat cabutan di pejabat tanah dan mendapati bangunan serta kawasan seluas 3,166 meter persegi ini dimiliki sebuah syarikat. Saya mendengar khabar mengatakan tanah ini dijual dengan harga RM3.8 juta.

"Kami minta SPRM menyiasat perkara ini kerana syarikat ini juga turut terlibat dalam beberapa projek lain dan menekan peniaga kecil," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendesak kerajaan negeri supaya menyediakan ruang perniagaan secara percuma seperti yang dikatakan oleh Mohd. Amar.
Katanya, Exco tersebut juga membuat beberapa kenyataan yang salah ketika menyampaikan kuliah tersebut di khalayak ramai tanpa berasaskan fakta.

"Kami adalah generasi peniaga yang tahu adat dan hukum perniagaan, andaian Mohd. Amar menghina peniaga kecil, seolah-olah kami peminta sedekah.
"Semasa kami menghadapi masalah ini, tiada seorang pun wakil rakyat Parlimen Kota Bharu yang datang berjumpa dengan kami, sedangkan mereka mewakili parti yang memerintah negeri ini. Mereka perlu ingat mereka dipilih oleh rakyat," katanya.

SAMBUNG

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger