Label 10

Home » » HINDRAF SUDAH LUPA !!!!

HINDRAF SUDAH LUPA !!!!

Written By AAKJ on Thursday, February 24, 2011 | 11:01 AM


“Hindraf berkemungkinan cuba menimbulkan kekecohan yang dirancang oleh mereka sendiri pada perhimpunan haram itu nanti yang kemudiannya akan menyebabkan kekecohan seperti di Tunisia dan Mesir terjadi di sini,”

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan haram, Hindraf yang berkemungkinan merancang untuk menimbulkan huru-hara pada perhimpunan tanpa permit yang diadakan Ahad ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, polis perlu mengambil langkah pencegahan sebelum perhimpunan haram itu kerana ia tidak mendapat permit.

Beliau turut mendedahkan tentang tindakan Hindraf menghantar e-mel kepada 21 pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia sebagai persedian psikologi pertubuhan itu.

“Jika berlaku sesuatu yang buruk semasa perhimpunan haram itu nanti, Hindraf pasti menuduh polis melakukan kekasaran terhadap mereka, sedangkan perkara tersebut sememangnya sudah dirancang oleh mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, Ibrahim membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi terhadap Hindraf yang didakwa memfitnah pertubuhan itu sebagai alat kepada UMNO dan mendakwa Perkasa akan menimbulkan kekecohan ketika perhimpunan yang dirancang di ibu negara pada Ahad ini.

Laporan polis itu dibuat setelah Hindraf mengirim e-mel kepada 21 pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia yang mendakwa Perkasa akan menimbulkan kekecohan pada perhimpunan itu.
Ibrahim berkata, tindakan Hindraf yang tetap berkeras untuk mengadakan perhimpunan walaupun tanpa permit dan pada masa sama memfitnah Perkasa akan menimbulkan huru-hara dilihat sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang perlu dihalang.

“Mereka ini (Hindraf) sebenarnya ancaman kepada negara. Mereka berdegil untuk mengadakan perhimpunan dan tidak mustahil dalam perhimpunan itu akan berlaku kekecohan yang boleh memburukkan imej negara.



TEAM NADI RAKYAT ADALAH KUMPULAN PERTAMA YG PERJUANGKAN KEADILAN UTK KES ARWAH DATO SOSILAWATI MELALUI KEMPEN 4JUSTICE !!


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger