Label 10

Home » » CALON PRK KERDAU-MERLIMAU

CALON PRK KERDAU-MERLIMAU

Written By AAKJ on Thursday, February 24, 2011 | 8:18 AM

TERBAIK UNTUK RAKYAT


Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad hari ini diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.
- Roslan Ahmad berjanji meneruskan perjuangan arwah bapa dan bapa saudaranya serta menyambung legasi mereka yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.
Bapa Roslan, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin cukup dikenali oleh masyarakat di Merlimau sebagai bekas Ahli Parlimen Jasin dari 1969 hingga 1978 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dari 1982 hingga 1986.

Bapa saudaranya pula iaitu Datuk Seri Abu Zahar Ithnin merupakan Ketua Menteri Melaka yang kelapan dari 1997 hingga 1999.
Menurut Roslan, 44, kedua-dua tokoh tersebut merupakan ikonnya dan beliau mahu mencontohi kepimpinan mereka yang memberi perkhidmatan terbaik bukan sahaja di Merlimau tetapi juga di negeri ini.

Naib Ketua UMNO bahagian itu, Syed Ibrahim Syed Ahmad calon prk Kerdau..pegawai penasihat agama Menteri Besar Pahang..
Share this article :

+ comments + 1 comments

February 24, 2011 at 9:33 AM

ok aje, semangat UMNO kuat keturunan UMNO, tak ada masalah, semoga BN/UMNO menang berganda KERDAU-MERLIMAU, Pakatan tengelam punya, hendak menang ada. tapi kemenangan dalam mimpi aje.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger