Written By AAKJ on Monday, February 28, 2011 | 11:16 PM
Keluarga Teoh Beng Hock jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana memulaukan suruhanjaya yang menyiasat kematian beliau, kata seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan.
Datuk Shaik Daud Ismail hari ini berkata, semua pihak yang terlibat dengan suruhanjaya siasatan itu harus mengiktiraf dan mengormatinya kerana ia ditubuhkan dengan titah perintah Seri Paduka Baginda. "Semua pihak ini harus memberi kepercayaan dan menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya. Kita perlu ingat bahawa ia ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia bukannya ditubuhkan oleh Perdana Menteri. "Memanglah, Perdana Menteri boleh mencadangkan si polan dan si polan dilantik tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh menolaknya jika Seri Paduka Baginda mahukan orang lain,” katanya kepada Bernama berhubung isu mengenai tindakan keluarga Teoh menarik diri daripada siasatan oleh suruhanjaya itu. Adik perempuan dan abang Beng Hock serta ibu bapa mereka bersama dua peguam keluarga itu bertindak keluar daripada prosiding suruhanjaya itu pada 16 Februari lepas kerana dua permohonan mereka supaya ianya ditangguhkan telah ditolak.
Beng Hock, 30, pembantu khas kepada seorang anggota exco kerajaan negeri, ditemui mati di Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor yang berpejabat di bangunan itu.
Shaik Daud, yang bersara pada 2001, ketika ditanya sama ada mereka yang tidak menghormati suruhanjaya itu, juga tidak menghormati Raja, berkata : “Ya, kita harus menghormati suruhanjaya ini kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia jalankan tugasnya.”
Katanya beliau tidak faham kenapa keluarga Teoh mengambil tindakan memboikot itu sedangkan merekalah yang bersungguh-sungguh meminta dan mendesak supaya suruhanjaya itu ditubuhkan tetapi mereka menarik diri padahal suruhanjaya itu belumpun lagi memulakan tugasnya. EHSAN UTUSAN
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
PERJUANGAN UMNO TIADA PENGHUJUNGNYA..
-
- TERKINI
- PAU 2020
- INFO
- MUAT TURUN
- BERITA UTAMA
- BERITA LAIN
- RENCANA
- GALERI FOTO
- LIVE
Type your search query ...
BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..
-
🔥Di seluruh dunia 1.65 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19. 120
buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang
menye...
(VIDEO) Berlaku Letupan Semasa Pembukaan #LIMA15 ?
-
Milikan terbaru pesawat pengangkut A400M 'Charlie' oleh Tentera Udara Di
Raja Malaysia (TUDM) meningkatkan keupayaan ketenteraan negara selari
dengan per...
Pengumuman Bakal Pengganti Noh Omar Makin Hampir
-
Hari ini dalam akhbar Sinar Harian ada tajuk gempar tentang kemungkinan
dalam masa terdekat berlaku perubahan pucuk pimpinan Umno Selangor.
Menurut akh...
Rombakan Kabinet Perkara Biasa, Bukan Isu
-
Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat. Perlantikan beliau sejak dari
awal menim...
GERAM DENGAN JERAWAT KAT MUKA???
-
Dah bosan mencuba macam-macam produk utk hilangkan jerawat??
Kali ini biar ZARRA yang bantu. Produk ZARRA lulus Kem Kesihatan Msia,
Halal & menggunakan ba...
Post a Comment