Label 10

Home » » AIR OH AIR...KERAJAAN PAKATAN HARAMJADAH SELANGOR KENCING !!!

AIR OH AIR...KERAJAAN PAKATAN HARAMJADAH SELANGOR KENCING !!!

Written By AAKJ on Monday, February 21, 2011 | 7:09 PM

PENDUDUK RUMAH FLAT TETAP KENA BAYAR BIL AIR SYABAS..
HANYA PENDUDUK RUMAH TERES SAJA DAPAT FREE...kihkih nok sukkO !!


Penghuni pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran di sini kesal dengan sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa berbohong dalam program pemberian air percuma kepada rakyat.
Mereka mengadakan bantahan hari ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati kerana bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu itu tidak dinikmati oleh mereka sehingga ke hari ini.
Kata mereka, walaupun program itu sudah diperkenalkan sejak 2008, penduduk pangsapuri itu masih membayar mengikut kadar meter pukal seperti biasa tanpa sebarang pengurangan.


Sejumlah RM 11 juta yang dibelanjakan setiap bulan dibawah skim ini adalah hasil cukai semua rakyat, tidak kira yang tinggal bawah atau tinggal ‘atas’.  Tapi hanya yang tinggal bawah saja merasa. 

Alasan kerajaan pembangkang Selangor ialah kerana penduduk rumah pangsa tidak memasang meter individu.  Tahukah mereka berapa banyak kos yang diperlukan?  Mampukah rakyat rumah pangsa yang rata-rata berpendapatan rendah ini tadi membayarnya?

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional, BN tidak membezakan rakyat rumah bawah dengan rumah pangsa.

Pakatan Rakyat buat masa ini memerintah 4 buah negeri tetapi hanya Selangor saja yang melaksanakan air percuma 20 meter padu pertama ini, manakala baki 3 negeri lain tidak.  Disebalik memberikan air percuma, kerajaan Pakatan di Pulau Pinang dan Kedah menaikkan harga air masing-masing 25% dan 44% pada Oktober 2010.

KELATE ???  nak sediakan kemudahan air kepada rakyat pun gagal, lagi mau cerita air free
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger