DESAS desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang, sudah mula bertiup kencang di sana sini.
Banyak blog dan facebook sudah mula memainkan isu tersebut dengan pandangan yang pelbagai. Ada yang menyokong, ada yang tidak dan sebagainya.
Sememangnya, sebagai sebuah parti yang berasaskan kepada demokrasi, hasrat Kuli ini (jika benar) bukanlah satu kesalahan, tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat, menjadi Presiden UMNO bukan setakat menjadi ketua kepada parti terbesar orang Melayu tersebut semata-mata, tapi dalam masa yang sama, Presiden UMNO juga akan turut memikul tanggungjawab secara automatik sebagai Pengerusi BN.
Disinilah kredebilti dan keupayaan Kuli untuk memimpin BN menjadi tanda tanya banyak pihak. Beliau mungkin diterima oleh orang Melayu yang membentuk majoriiti dalam UMNO, tapi mampukah kepimpinan Kuli diterima oleh parti komponen BN yang lain?
Hal ini penting untuk disebut kerana yang akan bertanding dalam pilihanraya ialah BN, bukan UMNO!!
Lagipun, pada usia 76 tahun sekarang, penulis dan ramai yang lain lagi tidak yakin Kuli mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berkesan untuk rakyat Malaysia. Kuli gemar menoleh kebelakang, dari melihat masa hadapan dan atas sebab itulah ketika Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) mengharamkan UMNO pada 1988, Kuli mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Semangat46 (S46) yang bertujuang menghidupkan semangat UMNO lama.
Orang Melayu tidak memerlukan semangat UMNO lama, pada masa itu pun (ketika S46 ditubuhkan), orang Melayu bukan berada pada keadaan dimana semangat laut dan semangat padi masih di puja untuk mendapatkan hasil yang lebih. Orang Melayu memerlukan perubahan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk mengubah nasib kaum tersebut.
Bercakap tentang S46, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kuli pernah menubuhkan 2 pakatan pembangkang yang diterajui S46 untuk mencabar BN selepas melihat 'kejayaan' PAS dan S46 merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990. 2 pakatan pembangkang tersebut ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.
Secara mudahnya, APU mewakili parti pembangkang berasaskan Melayu/Islam (PAS, Berjasa, HAMIM, KIMMA) sementara Gagasan Rakyat mewakili parti pembangkang bukan Islam (DAP dan PRM).
Kenapa diwujudkan 2 pakatan pembangkang mengikut kaum dan kepercayaan agama berbeza? Sebab Kuli tidak mampu menyatukan kesemua parti pembangkang di Negara ini pada waktu itu, atas platform yang sama. Lagipun S46 adalah parti clone kepada UMNO (sebut Melayu) dengan Kuli sendiri dilihat sebagai ultra Melayu seperti mana Datuk Ibrahim Ali dan pertubuhan PERKASA hari ini.
BN dan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ultra Melayu. BN memerlukan pemimpin moderate yang mampu mengendalikan kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di negara kita. Kuli sudah tentu sedar akan perkara tersebut sebab beliau akhirnya membubarkan S46 dan membawa ahli parti tersebut menyertai semula UMNO pada 1996.
Pendek kata, Kuli tidak mampu memimpin sebuah parti berbilang kaum seperti BN, melihat kepada sejarah poltiiknya yang lampau.
Yang penting sekali, Kuli bukanlah jenis pemimpin yang mampu mengadaptasikan dirinya kepada perubahan semasa dan keadaan ini sudah tentu tidak sesuai untuk sebuah negara yang menghampiri status negara maju seperti Malaysia.
Selain faktor umur yang disebutkan di atas.
Saya tak setuju...tapi saya juga tak setuju najib dipertahankan. Majlis tertinggi Umno jgn ambik keputusan sepihak.
ReplyDelete