Masjid dan surau, apatah lagi di jabatan-jabatan kerajaan, tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk aktiviti ceramah pembangkang ini membiak secara meluas. Bulan Ramadhan sepatutnya diisi dengan amal ibadat, bukan kegiatan menghasut manusia membenci sesama manusia yang lain.
Apatah lagi bercakap tentang politik pembangkang yang sememangnya berpaksikan kepada kebencian antara manusia untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak mereka.
Maka itu penulis minta agar setiap Ketua Setiuasaha Kementerian kerajaan di seluruh negara agar memantau aktiviti ini, jangan sampai berlaku di kementerian masing-masing dalam bulan Ramadhan yang akan datang.
Aktiviti keagamaan tidak boleh dicampur aduk dengan aktiviti politik kepartian kerana jabatan kerajaan adalah tempat untuk berkhidmat untuk rakyat, bukan menyebarkan fahaman politik. Apatah lagi di kawasan surau, yang turut digunakan oleh orang lain yang tidak bertugas di tempat tersebut.
Proses pilihanraya seperti berkempen dan sebagainya sudah tamat, dan kini masanya untuk bekerja dan berkhidmat, bukan berpolitik sampai dunia nak kiamat.
benda dh lama bru skrg nmpk..kene tegur
ReplyDeleteTermasuk surau MIMOS di TPM bukit jalil
ReplyDeletekat putrajaya pun ada jugak
ReplyDeleteHampir semua surau kjaan, jkr, kastam dll except kuarters polis shj yg x
ReplyDelete