Label 10

Home » , , » #PRU13 : HARAM Undi Pas, Pkr & Dap ! - Persidangan Ulama Pondok

#PRU13 : HARAM Undi Pas, Pkr & Dap ! - Persidangan Ulama Pondok

Written By AAKJ on Wednesday, May 1, 2013 | 2:00 PM



Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah (duduk, tiga dari kiri) dan Harun Yahya (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian peserta persidangan mengadakan sidang akhbar selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Gurun, Kedah, semalam.

GURUN 8 April – Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Menurutnya, para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.

Katanya, kenyataan bersama ketiga-tiga pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya.

“Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.

Harun yang juga Ketua Penerangan Minda Pondok berkata, kalimah Allah adalah nama zat Tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu Islam, maka kalimah Allah hanya untuk umat Islam yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain.

Jelasnya, ini yang membezakan umat Islam dengan agama lain yang diperintah berdakwah dan menyeru umat lain mengesakan Allah bukan membenarkan Allah untuk disekutukan seperti yang dipersetujui Pas, PKR dan DAP.

“Pas sepatutnya menyeru mereka masuk Islam dan menganut agama Islam bukan membenarkan nama Allah untuk digunakan, sedangkan secara terangan menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan mereka yang asal.

“Apabila dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam bible atau kitab-kitab agama mereka, maka natijahnya semua agama adalah agama Allah dan bukan lagi Islam agama Allah,’’ ujarnya.

Menurutnya, itulah yang dipanggil pluralisme agama yang menjadi agenda jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.

Katanya, rakyat negara ini usah termakan dengan dakyah pakatan pembangkang khususnya Pas yang kononnya mahu melaksanakan Islam tetapi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalalkan Allah disekutukan dengan memberi nama Allah digunakan oleh agama lain.

“Isu kalimah Allah bukan isu politik semata-mata sebaliknya adalah usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam,” katanya.

Harun berkata, pihaknya turut menyeru segenap lapisan masyarakat dan pemimpin di seluruh negara melakukan solat hajat sehingga pilihan raya umum atau seterusnya agar umat Islam di Malaysia dan dunia terpelihara daripada agenda memurtadkan mereka.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 1, 2013 at 2:28 PM

setuju undi pas dan pkr haram bagi orang islam sebab undi ini dapat kepada dap kafir harbi

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger