Ketika semua pemimpin dan wakil rakyat PAS boleh menghadirkan diri untuk memberi penghormatan kepada Nik Aziz atas jasanya yang tidak seberapa sepanjang 23 tahun menjadi MB Kelantan, namun ketiadaan kelibat Husam jelas menunjukkan rajuknya belum padam.
Bekas Exco Kanan itu nampaknya belum dapat menerima hakikat di atas kegagalannya mewarisi jawatan MB dan terpinggir pula dari menduduki kerusi Timbalan MB. Lebih malang lagi namanya untuk sebagai Exco juga tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.
Dari satu aspek, memang Husam berhak untuk meneruskan rajuk hatinya memandangkan selama ini hanya dia sajalah buah hati pengarang jantung Nik Aziz sepanjang 23 tahun bekas MB itu mengurus tadbir negeri ini.
Tanpa Husam memang hilang punca Nik Aziz dibuatnya apatah lagi orang tua yang bermulut berus itu kepandaiannya setakat merasmikan perlancaran batu asas dan papan tanda itu ini sahaja, mahu tak mahu pada Husam sajalah tempatnya bergantung harap.
Jika tidak kerana permainan politik musuhnya dalam parti, barangkali Husam masih lagi membarisi kepimpinan Kerajaan PAS Kelantan sebagai Timbalan MB yang baru atau paling lekeh pun namanya masih kekal sebagai Exco Kanan dan tidaklah terpinggir seperti sekarang.
Demikianlah perjalanan politik PAS, waktu menjadi anak emas MB dialah segala penentu arah tujunya selain kerap mengkhianati rakan separti untuk kepentingan diri, kini bila terpinggir terpaksalah memencil diri sukar menerima hakikat betapa pedihnya bila dikhianati.
Entah bila akan padam rajuk Husam hanya dia saja yang tahu,namun dilihat dari keengganannya menyertai majlis persaraan Nik Aziz ada kemungkinan rajuknya akan berpanjangan. Kasihan Husam, hidupnya kini ibarat dah habis madu sepahnya dibuang begitu saja.
+ comments + 4 comments
Dia ni pun meroyan gak mcm yg lagi satu. Nak kejar jawatan semata2. Sudah jelas org seperti ini tidak layak berada dlm exco.
Khe khe khe....ternyata puak yg dakwa mrk pejuang Islam pon kemaruk KUASA n wang hengget....xsahla dok angkat yg PAS tuh Islam....xdpt jwtn merajuk.....ish ish ish....ADA AQ KESAH?????????
balasan Allah, sebab sebelum ni husam dah mengkhianati org lain dengan mempergunakan tok guru. tok guru pun tidak diperkenankan sultan untuk terus jadi MB, jadi terpaksalah berundur. jadi kedua2nya kena redha bila diri dah tak diperkenankan.
tanda orang yang tidak islamik
Post a Comment