Selepas beberapa minggu ‘berunding’ dengan DAP, Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng akhirnya diumumkan Pakatan Rakyat sebagai calon untuk kerusi Parlimen Segamat.
Pengumuman itu sekali gus meredakan pertikaian pembahagian kerusi PKR-DAP di Johor yang berpanjangan hingga sebulan.
Chua, bekas menteri pusat yang mengalahkan PKR pada 2009, sebelum ini TIDAK TAMPIL di khalayak umum selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon Gelang Patah pada 18 Mac, yang turut diintainya.
Memecahkan kesunyian, Chua pada 5 April menyifatkan dirinya sebagai calon “tanpa rumah” yang tidak memiliki kerusi.
Beliau bagaimanapun menggesa penyokongnya menyokong Lim.
Inilah nasib seorang bekas menteri yang boleh diibaratkan bagai ‘melukut di tepi gantang’.
Semasa dalam Barisan Nasional (BN), dia telah dapat semua yang diidamkan termasuk jawatan menteri penuh dalam kerajaan pusat.
Namun bila digugurkan, mula marah dan mencari 1,001 macam alasan untuk terus dikekalkan.
Akhirnya bila nama dah tak tersenarai, mula mencari dahan lain untuk berpaut…lalu memilih parti yang sebelum ini adalah bahan sumpah seranahnya.
Betul, PKR telah mengambilnya tetapi Jui Meng lupa itu semua taktik untuk menarik sokongan rakyat, bukan kerana mereka (PKR) benar-benar mahukan dirinya.
Dan kali ini Jui Meng ‘terpaksa’ untuk merajuk buat kali kedua.
Nasib baiklah kerusi Segamat akhirnya diberikan padanya sebagai ehsan untuk memujuknya agar tidak terus merajuk dan merajuk.
Kesian, dalam usia sesenja ini, Jui Meng tiada ‘resume’ lain untuk kekal bertanding, melainkan terpaksa menggunakan taktik yang cukup lekeh dan menggelikan hati sebegini.
Kesian, cukup kesian!
SUMBER
No comments:
Post a Comment