Datuk Dr Tengku Rethwan Tengku Mansor, Calon BN Dun Seri Setia, Kelana Jaya tidak mengambil masa yang lama untuk buat perjumpaan dengan petugas-petugas Pusat Daerah Mengundi Dun Seri Setia (PDM).
Malam tadi, bermula d Zon Penaga, Datuk Tengku bersama rombongan Ajk Bahagian UMNO yang lain mula buat perjumpaan dengan petugas dan juga pengundi d situ dan seterusnya Datuk Tengku bergerak ke Zon Lindungan untuk tujuan yang sama.
Asalnya nak jumpa petugas bilik gerakan PDM sahaja, namun bila kami sampai, setiap bilik Gerakan PDM penuh sesak dengan kehadiran bukan saja dari petugas namun pengundi yang tak sabar ingin melihat dengan lebih dekat dan tahu lebih lanjut siapa calon BN Dun Seri Setia yang bakal bertanding kali ini.
Datuk Tengku bukannya asing d Penaga dan Lindungan..malah beliau antara 'peneroka awal' d Seri Setia..menurut beliau, beliau datang ke Lindungan kira-kira 17 tahun yang lau dan beliaulah yang mula-mula buka klinik kesihatan..KLINIK SEPAKAT..ujar beliau.
Orang-orang lama yang ada d bilik gerakan mula riuh rendah..rupanya inilah Doktor yang merawat mereka dulu !
"Klinik itu masih ada"..ujar Datuk Tengku..d sambut dengan tepukan gemuruh hadirin yang ada..
Di akhir lawatan ringkas itu kami singgah d restoran berhampiran dengan kediaman beliau, Kelana Jaya..tiba-tiba d datangi oleh Calon PKR yang bakal bertanding d Teluk Kemang..agak terkejut aakj melihat keduanya begitu mesra..rupanya Kamarul Baharin adalah jiran sebelah rumah beliau.
Datuk Tengku menegaskan, kita jangan bermusuh dengan pihak lawan hinggakan tak bertegur sapa..beliau dan saya dah lama d Taman ini..
Menurut Datuk Tengku.."saya arahkan petugas jangan pasang bendera BN d pagar rumah Kamarul..kesian dia..dia mana ada jentera d sini..beliau bertanding d Negeri Sembilan.."
Saya tak sangka PM pilih saya..cuma harapan saya..UMNO dan BN Kelana Jaya dapat rapatkan saf dengan segera..saya tahu ada yang kecewa..mereka juga sahabat karib saya..tegas Datuk Tengku..
Saya kagum dengan Datuk Yahya Bujang, Pemangku Ketua Bahagian Kelana Jaya, walaupun tidak terpilih namun beliau sanggup bekerja keras membantu saya, sambung Datuk Tengku lagi. Malah jentera Pemuda dan Wanita juga ada bersama malam tadi.
Datuk Tengku bukan orang baru dalam politik..beliau pernah bertanding Ketua Pemuda Bahagian Petaling Jaya dulu..malah kini beliau juga adalah Ajk Bahagian Kelana Jaya.
Beliau mudah d dekati oleh semua golongan walaupun beliau adalah tokoh perniagaan yang berjaya. "Lu.. Gua..Bro.." itu biasa dia lontarkan bila berbual dengan pemuda dengan gaya yang bersahaja..
Aakj sempat tanya..Datuk Tengku rasa kita boleh menang tak ? YES Bro..Insya Allah dengan kesepakatan yang kita ada, kita bakal ambil kembali Dun Seri Setia !!
..bersambung..siri jelajah Calun N32 Seri Setia..
Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.
ReplyDeleteLayarilah pemudatekad.blogspot.com
Betoi.aku dah byk tgk ceramah2 dia kat youtube sj la tgk apa temberang dia.mmg setiap kali tu lah dia dok jual nama Yusuf Qardawi.seriously,aku menyampah dan meluat tahap loya muntah hijau dgn taktik jijik anuwar ni.
ReplyDeleteKlu korang masih percaya temberang hangit mamat ni aku x tau la