Thursday, March 21, 2013

Tragedi Semporna ! Hargailah Juga Jasa 18 Anggota Polis Ini...


Hiba hati aakj bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang menjadi sejarah duka negara kita..pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6 syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa serangan lahanat pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah.

Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang d hadapi oleh 18 orang anggota polis yang d kepung lebih dari 20 jam..mereka terperangkap dalam keadaan ada yang cedera..ada yang perlu menjaga tawanan dan ada yang perlu menjaga rakan yang cedera parah..lebih hiba bila ada yang jaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.

Aakj mengambil kesempatan menemubual sendiri anggota polis yang terlibat dalam peristiwa getir itu. Sambil bercerita, aakj lihat airmata sayu mula bergenang d mata anggota polis yang terlibat pada kejadian tersebut.




Sekali sekala aakj melihat anggota polis tersebut menggenggam erat senjata yang d bawanya..geram juga katanya..malah beliau mengatakan bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang berjaya melarikan diri..

Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya d tembak dari arah sisi..melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya cedera parah d tetak hampir putus kedua tangannya..tetakan d kepala menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang..

Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam suram malam..makanan tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula bertanya..'lambat lagikah bantuan tiba..?"

"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata yang menyentuh hati aakj..menurut beliau..siang dan malam selepas kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan yang sama..TRAUMA..apalagi kami bertugas d balai ini sudah lama dan masyarakat d sini mengenal kami.samada yang baik maupun penjenayah pun mungkin kenal kami..



Aakj melihat sendiri semasa aakj mengikuti program Polis memberi penerangan kepada orang kampung..baca d SINI..

Aakj lihat mereka semuanya bertopeng semasa mengawal keselamatan penduduk dan OCPD ketika ceramah d jalankan semalam..Bila d tanya kenapa memakai topeng muka..beliau menjawab, mereka perlu lindungi muka mereka mulai hari kejadian tersebut d mana saja mereka berada..bimbang juga berada d khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...

Malah menurut beliau, ada d antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu..

Tambahnya lagi..kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau anggota lain yang tercedera..kami dengar ada guru-guru d beri kaunseling supaya hilang trauma mereka..kerana beliau dengar ada guru yang mohon pindah sekolah..

"Kami akan kekal d sini..kami takkan berganjak maupun d tukarkan.."

"Kalau boleh kami 18 orang ini d beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."

Saat itu aakj berjanji dengan anggota yang terlibat..insyaAllah kiranya aakj kembali ke Lahad Datu, kembali ke pusat Media maka aakj akan sampaikan hasrat ikhlas ini..

Alhamdulillah..semalam aakj dapat bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negara, ketika itu Tan Sri Khalid baru saja tiba ke Pusat Media Felda Residence..aakj terus sampaikan hasrat anggota polis yang terlibat dalam tragedi Simunul, Semporna..

"InsyaAllah..good idea..terima kasih..kita akan ambil perhatian serius.."

spontan keluar dari mulut Tan Sri..Alhamdulillah sahut aakj..terima kasih Tan Sri..mudah-mudahan moral anggota polis kita sentiasa d tahap yang amat tinggi..

Kepada Abang-Abang Wira Simunul..semoga anda semua baca apa yang aakj tulis ini..Aakj doakan anda semua d tenangkan hati oleh Allah swt..

Kepada Tan Sri..aakj ucapkan terima kasih kerana perihatin kepada semua anggota polis d bawah Tan Sri..

Kepada Rakyat Sabah..anda orang baik-baik..berilah kerjasama yang sebaiknya kepada mereka..ada d antara anggota polis bukan orang Sabah..tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi pertahankan kita semua..

Kepada Rakyat Malaysia..janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan kita yang tercedera maupun yang tidak cedera..mereka semua ke sana dengan satu tujuan..pertahankan kedaulatan negara kita !

Kalau ada pihak yang ingin lancarkan tabung mengenang budi dan jasa mereka..aakj ucapkan terima kasih..



Kisah aakj melawat tempat tragedi Simunul ada d SINI




5 comments:

  1. percayalah..mereka2 yang bertahan itu akan dihargai. kerana dengar2 ada yang melarikan diri dan membiarkan rakan2 yang 18 orang itu terkepung dan bertahan..melarikan diri dari medan pertempuran memang keji.

    ReplyDelete
  2. SAYA SARANKAN DIADAKAN SATU PROGRAM PENGHARGAAN KEPADA SEMUA ANGGOTA2 YANG TERLIBAT TERUTAMA DI LAHAD DATU DAN JUGA YANG BERTUGAS DILAIN2 TEMPAT. BUATLAH SEPERTI SATU MONUMEN DIMANA RAKYAT BOLEH TULIS UNTUK MELAHIRKAN RASA TERIMA KASIH KEPADA MEREKA. DULU WAKTU SAYA KECIL, BILA KE KL TEMPAT YANG MESTI IBU BAPA SAYA BAWA MELAWAT ADALAH TUGU NEGARA.

    ReplyDelete
  3. Bro...

    Entah brapa byk airmata sy tumpah sejak tragedi LD ini, tambahan bila mengenangkan bilangan wira2 kite yg terkorban...malah bkn takat terkorban tapi jasad mrk di hina dan di seksa oleh kumpulan 'binatang' yg bertopenkan manusia...

    Sendu hati mndengar usul wira2 itu, bkn utk berganjak tapi cume utk mndapat kaunseling bg mengatasi 'trauma'...mmg sesiapa yg pernah melalui peristiwa getir pasti mnghadapi saat2 trauma yg xterungkap...ya..kalo calang2 org pasti dah cabut lari balik..itu yg sy kagum...bkn minta penghargaan tapi CUME SESI KAUNSELING....semoga mndapat perhatian dari pihak yg berwajib..

    Tq bro krn berkongsi citer, sbg rakyat Malaysia sy cume hanya dpt menitipkan doa wat wira2 negara khususnya juga pada negara...

    Ya Allah..ko berikanlah kekuatan dan ketabahan di hati setiap wira2 yg sedang berkhidmat untuk negara...lapangkanlah hati mrk,,dan kalo bole , lupuskan memori ngeri lagi sadis yg terjadi dari bersarang di hati mrk...Lindungilah wira2 negara kami dan juga negara kami dari sebarang musibah...Sesungguhnya hnya pada Mu tempat kami memohon perlindungan dan rahmat...

    ReplyDelete
  4. Aku tak suka baca tulisan kau kali ni dlm keadaan perang masih lagi berjalan kuar sentimental, kalau aku jadi KPN tu aku tempeleng muka kau.
    Jangan ada pulak temubual dan cerita fesyen camgini dgn bro-bro Komando pulak lepas ni; trauma trauma trauma aku baca
    Tolong perbaiki TK

    ReplyDelete
  5. 我方全體攻擊力與防禦力點滿分💯全數寶物至尊令狐沖沖繩琉球群島區域法院被判處摧殘將軍趕快假睫毛大肆宣傳報導闡述🤖️太空人惡龍東皇冠假日酒店🏨舉行記者會💀係由澳門威尼斯人金光布袋戲偶🧸燒起來魂斷威尼斯共和國憲法保障人民生命財產安全🛡️永遠不會忘記你們這些傢伙承受不住火神二世伍慘大人👩🎁🎂尼羅河女兒的生日🎂火神雷神山神抓了幾個月前的事捷克🇨🇿掌權者集團的妻子涉嫌殺害無辜百姓點燈儀式🔌妳才發現原來如此青銅器銘文足證其他人🌇😷弟弟妹妹們劇團演出詮釋獅子石頭🪨蹦出來的頭蓋骨外星寶寶圓仔回到媽媽懷抱希望透過網路認識的朋友可以😌真實存在東家學校🏫坎坷可靠阿富汗戰爭帶入現實主義列強的機會去🐭醫術高明倩倩鬼滅鬼不覺醒寧可選擇自己喜歡的東西南北四大天王特別待遇冷酷無情打擊👊犯罪通過✅三讀通過✅

    ReplyDelete