Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terutama mereka yang berpeluang berkhidmat mengendalikannya. Kor Amor DiRaja diamanahkan menggunakan kenderaan ACV-300S Adnan yang dilesenkan pengeluarannya oleh FNSS dan dipasang oleh Deftech di Pekan.
ACV-300 asalnya dibangunkan oleh FNSS bagi memenuhi kehendak angkatan tentera Turki. Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm co-axial. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawa dengan jarak yang lebih jauh.
Kenderaan ini adalah amphibi sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi dan kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap. Sebanyak 1,698 (tambahan 665 unit) telah dimiliki oleh Turki dan Emiriyah Arab Bersatu telah menerima sebanyak 136 unit. Malaysia pula telah memesan dan menerima sebanyak 211 unit (tambahan 48 unit) ACV-300 dalam pelbagai versi.
Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik syarikat tempatan. ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang.
ACV-300 Adnan juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grenet Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.
tq
No comments:
Post a Comment