Tuesday, March 19, 2013

Lahad Datu Inside !! "Mereka Lebih Kejam Dari Komunis" !



"Terlalu sukar nak d gambarkan dengan kata-kata..terlalu berat mata memandang..berat lagi mereka yang d menanggungnya..." 

Itu saja ayat yang mampu d keluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib ketika aakj menemubual beliau petang tadi sebaik saja beliau habis membuat kenyataan akhbar d Media Centre yang bertempat d Felda Residence..

Dari raut wajah beliau, aakj dapat mengagak bahawa amat sukar untuk Datuk Hamzah bercerita tentang peristiwa yang menyayat hati dan apa yang terjadi pada anak-anak buah beliau yang gugur syahid di sini..

Mula-mula agak risau juga nak 'bersembang' dengan beliau, wajahnya nampak garang rupanya bila mulakan soalan pertama rupanya ada kelembutan dalam tuturkata beliau terutama dalam menceritakan kisah pencerobohan pengganas Kiram III ini..boleh nampak raut wajahnya sekali sekala sayu dan ada juga masa sepanjang aakj bertanya wajahnya berubah seperti 'nak sangat' bertembung dengan pengganas itu sendiri. 



Datuk Hamzah menceritakan bahawa beliau pernah bertempur dengan komunis sekitar tahun 70an di tragedi Raub, malah beliau sendiri pernah melihat bagaimana mayat yang d tembak oleh anggota komunis yang mana  cara mereka hanya tembak dan lari..

Berlainan sekali dengan tragedi Lahad Datu ini..pengganas Kiram III seolah-olah d rasuk iblis, bukan sekadar membunuh anggota kita malah menzalimi jasad syuhada dengan cara yang amat 'brutal' seolah-olah mereka ini datang dari puak yang tidak bertamaddun.

Jenazah Arwah Syuhada bukan sekadar d tembak malah d lapah dan ada yang d penggal kepala..ada juga yang korek matanya..Allahhuakbar..manusia jenis apakah ini..keluh Datuk Hamzah...

Bila d tanya tentang semangat Anggota beliau bila jasad syuhada d perlakukan begitu, apakah luntur dan luluh atau takut mula meresapi jiwa Anngota Polis yang lain..TIDAK jawab Datuk Hamzah, malah anggota beliau makin bersemangat dan tak sabar untuk berhadapan dengan pengganas yang tidak berhati perut ini.

Masing-masing menawar diri untuk ke barisan hadapan ujar Datuk Hamzah..seterusnya baca d SINI







No comments:

Post a Comment