Tuesday, March 19, 2013

Lahad Datu Inside ! "Kami Bukan Sulu Filipina" !!



Tragedi Lahad Datu Sabah diceroboh oleh pengganas Kiram III banyak meninggalkan kesan mendalam pada warga Lahad Datu khasnya dan warga Sabah amnya..malah ianya juga terpalit tragedi ngeri pada anggota keselamatan negara dan ahli keluarga syuhada yang gugur dalam siri pertempuran dengan vavi Kiram III ni..

Kita bukan saja berdepan dengan perang fizikal d medan tempur Tanduo dan Samporna tapi perang psikologi juga turut memberi kesan yang mendalam pada semua yang terlibat termasuk suku sulu yang dah lama mendiami Sabah ini. Apatah lagi yang lahir d Felda Sahabat, Lahad Datu.

Atas rasa tanggungjawab kemanusiaan, aakj dan sahabat media mohon izin dari anggota keselamatan untuk masuk jauh sedikit ke Felda Sahabat dengan tujuan untuk berjumpa dengan beberapa penduduk atau warga peneroka suku Sulu yang mana ada d antara mereka merupakan ketua masyarakat d sini.

Pertemuan ini juga atas inisiatif Ahli Parlimen Silam, YB Hj Salleh Kalbi. Beliau mengaturkan pertemuan dengan beberapa penduduk dari etnik sulu.



Menurut Datu Ibrahim Karim, pertama sekali beliau menjelaskan perbezaan antara Sulu Malaysia dengan Sulu Filipina, Di sana mereka bergelar SULU..di Sabah etnik ini d gelar SULU..

"Air muka" juga berbeda..loghat Suluk juga tak sama 100 % dengan Sulu Filipina. Malah yang amat ketara adalah adat dan santun jauh berbeza.."kami lebih kepada santun Melayu.." tegas Datu Ibrahim.

Beliau harap agar masyarakat negara ini jangan salah anggap tentang suku mereka kerana etnik Suluk d Sabah sayangkan negara ini dan menganggap Malaysia adalah negara mereka. "Kami bersama mendaulatkan Malaysia.." ujar beliau dengan nada yang tegas.

Menurut beliau lagi, majoriti Sulu Filipina yang datang secara haram tinggal d kawasan perairan dan tak bercampur dengan warga d sini. Mereka hanya tinggal dan bergaul d kelompok mereka sahaja. Sekali sekala datang ambil upah kerja d ladang dan buat kerja baiki rumah.

Ikuti temubual aakj dan sahabat media d SINI



No comments:

Post a Comment