Sunday, February 10, 2013

Tabung Memali !! Duit Mesin Jahit Buruk Pun Kena Kebas ?


mesin jahit singer
Sangat menghairankan apabila PAS yang kononnya “buat kerja cara Islam” rupa-rupanya sanggup meratah hak balu dan anak-anak yatim yang merupakan waris kepada mangsa tragedi Memali di Baling, Kedah.
Sudahlah Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit itu “lesap” entah ke mana, duit jual mesin jahit yang sepatutnya menjadi hak balu dan anak-anak yatim itu pun dikebas PAS?
Buruk benar perangai PAS sampai duit hasil jual mesin jahit pun mereka nak sapu masuk kocek sendiri?
Begitulah yang didedahkan oleh salah seorang pemegang amanah Tabung Memali, CN Al-Afghani di dalam satu pertemuannya dengan saya baru-baru ini.
Beliau yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Non mendakwa bahawa Ketua Dewan Muslimat PAS ketika itu, Ustazah Jamilah Husin telah berusaha untuk mewujudkan bengkel jahitan untuk balu-balu dan anak-anak yatim itu.
Dengan bengkel tersebut, mereka diharapkan agar dapat berdikari dengan hasil jahitan masing-masing yang berkemungkinan dapat menyara hidup mereka selepas tragedi tersebut.
Modal sebanyak RM40,000 telah diambil dari Tabung Memali dan sehingga bengkel tersebut dibawah seliaan Cikgu Non, asetnya dianggarkan bernilai sekitar RM60,000 sebelum diserahkan kepada salah seorang pemimpin PAS tempatan di situ.
Baca selanjutnya d SINI

No comments:

Post a Comment