Rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang mereka kecapi kerana di negara tertentu, rakyatnya hanya mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran dalam mimpi, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Berkongsi pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, beliau berkata golongan ibu di sana tidak pernah dapat memastikan anak-anak mereka yang pergi ke sekolah, akan pulang dengan selamat ke rumah.
“Saya dimaklumkan keadaan di sana, apabila anak hendak ke sekolah, ibu-ibu akan cium anak, memeluk anak dengan erat sehingga menangis, kenapa begitu?“Kerana mereka tidak pasti anak mereka akan pulang ke pangkuan,” katanya.
Beliau berkata rakyat di negara ini seharusnya bersyukur dengan apa yang dikecapi dan melihat kesengsaraan rakyat Palestin sebagai tanggungjawab bersama membantu mereka.
“Di sana anak-anak membesar dengan makan tak cukup, hospital tidak selesa, jalan raya berlubang, bangunan sekolah tidak selesa.
“Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan,” katanya.
Beliau berkata apa saja kerumitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat di negara ini tidaklah seberat yang dihadapi rakyat Palestin.“Di sini, kalau bas atau teksi lambat pun kita dah marah, di sana (Palestin), bas dan teksi tak ada pun,” katanya.
Beliau berkata rakyat perlu rasional dan tidak beremosi dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat hidup di negara Malaysia yang aman ini.
“Di sana (Palestin), hanya keamanan di fikiran mereka, di negara kita, janganlah hanya fitnah di fikiran kita,” katanya.
Mengenai pilihan raya umum, Rosmah berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya itu.
Secara berseloroh, Rosmah berkata: “Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga,” katanya.
– Bernama
tqanakseberang
+ comments + 11 comments
come on la bro..ini rahsia parti dan kerajaan mana blh share dgn org lain mahupun isteri sendiri..pada aku langkah dato najib itu tepat,bkn lah dia tak prcyakan isteri dia sndri cuma dia tak boleh nak khianati ahli2 parti yg lain tntang pngumuman2 pnting mcm ni..lagi satu apa nak klut,klau PM tak bubar parlimen pun mndat ttap akn berakhir jgk,xde slama2nya kerajaan akn kekal tnpa PRU...
Tu lah masih ramai yg tak bersyukur ddk kat negara kita ni dah cukup aman dan sempurna dah....aku pelik lah napa lah pembangkang tak blh tgk org lain senang suka buat kacau bilau..elok org mcm tu anta g palestin tu je baru drg tau erti keamanan..negara kita skrg ni dah dijaga baik oleh umno....apa2 pun aku yakin pru13 ni umno akn menang
Tu namanye pm yg profesional..hal negara tak share dgn sapa2 pun...org je suka tuduh kat rosmah mcm2 control husband lah bagai..padahal dis tak tau apa pun...biasa lah org mana blh tgk kita senang..ada je yg tak senang duduk
Negara kita ni dh ckp aman dah..aku bersyukur sgt sbb jd rakyat malaysia negara kita ni negara kecik je di peta dunia tp negara kita dapat perhatian dr byk org2 luar...tu pun masih ramai yg tk blh nak pk..aku tk paham lah apa lg yg drg nak
Tu lah klu org pas jdi pm aku rasa abis satu kampung drg kecoh hal negara,sbb drg x beejiwa pemimpin mcm najib
Kadang2 aq rasa nak jentik je telur org2 yg tak reti bersyukur n suka buat fitnah ni semua
Akak betuk2 bersyukur sbb ddk kat malaysia negara kits ni aman dsn damai..alhamdulillah akak harap keamanan negara kita ni akan berkekalan sampai bila2 amin
Sedih tgk org melayu kita yg tk reti bersyukur sekrng ni...masa kecik sekolah kerajaan bila dh besar kerajaan taja masuk U tp bila dh kuar buruk2kn kerajaan..tu la yg terjd pd sepupu aku sekarng ni...
ada pakatan mangkuk kata negara kita aman bukan sebab BN tetapi sebab allah...
memang semuanya dari allah tetapi penyebabnya adalah BN..
cuba pakatan memerintah comform2 jahanam wei negara kita dijual kepada puak zionis..
agama maruah semua dijual...
ye mmg betul apa yg rosmah cakap kita patut bersyukur kerana d negara kita aman dan damai jika nk d badinkan dengan negara palestin ..tp aku tengok ramai jugak yg x bersyukur boleh tinggal d bumi bertuah seperti malaysia nie...bg aku negara kita aman d bawah pimpinan kerajaan barisan nasional...
keaman negara lebih penting daripada melayan kerenah PR cuba menghancur keamanan negara...inilah terjadi jika PR yang gila kuasa
Post a Comment