Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam.
“Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam,”
Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak layak menjadi jentera Islam.
Beliau yang sebelum ini turut melabelkan Umno sebagai sebuah parti murtad menjelaskan bahawa parti itu tidak mampu memimpin rakyat ke arah bertakwa kepada ALLAH atau ‘ittaqullah’.
“Umno tak layak nak pimpin rakyat ke arah ittaqullah dan untuk melaksanakannya perlu dibuat oleh parti Islam dan tiada parti yang seumpama itu melainkan Pas,”
Beliau menjelaskan, hanya Pas yang mampu membawa rakyat ke arah seruan tersebut kerana mendakwa Umno awal-awal lagi menolak Islam.
“Pas ada wadah dan jentera untuk laksanakan seruan itu dan kita yang paling layak untuk menunaikan seruan itu seperti mana yang diminta oleh khatib ketika membaca khutbah setiap Jumaat dan bukan Umno,”
Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut mendakwa Umno tidak boleh terus bergantung kepada perjuangan bersifat kebangsaan.
Beliau turut mengaitkan slogan ‘hidup Melayu’ sama sekali tidak sesuai dilaungkan dalam masjid, tidak sebagaimana laungan takbir yang sering kali diucapkan pemimpin dan pengikut Pas.
“Tidak boleh ucap ‘hidup Melayu’ dalam masjid. Bagaimana sekiranya ada Cina Muslim atau India Muslim dalam masjid. Tidak boleh kebangsaan, tidak boleh Arab, Melayu, Cina. Semua sama. Lebih lagi apabila Melayu tunjuk perangai jelik dengan menonggeng punggung,” katanya.
SUMBER
AKU PERNAH DENGAR DIALOG P.RAMLEE
ReplyDeletePENCACAI TUA PENGANGKAT NAJIS.
NI DIA... RUPANYA... TERSERLAH....
Nyanyuk dah tua kutuk ni.
ReplyDeleteApa beza kelantan dengan negeri lain yang diperintah BN sama sahaja, bahkan negeri yang diperintah BN lebih teratur lebih membangun lebih banyak peluang kerja prasarana lebih bagus dari Kelantan. Hidup pun tak serupa orang ada hati nak lebih2kan diri sendiri. Hasil negeri kurang nak tambah hasil cari jalan senang tebang balak, tuntut hasil royalti minyak sedangkan dia tak ada minyak? Modal dia untuk politik hanya "ISle" je, tu je yang dicanangkan hari2 , kate dia dia ISLE lebih dari UMNO, UMNO tu kapir katanye, tapi UMNO yang banyak mempertahan dan memperjuangkan Islam dari dia, UMNO kurang cakap tapi BIKIN lebih untuk Islam, dia cakap lebih tapi tak bikin apa2 pun untuk ISle dia, hari2 dia hanya ingat politik je, tak dak keje lain, politikkkkkk je, UMNO hari berfikir macam mana nak tambah kemakmuran negara mengujudkan peluang kerja kepada rakyat termasuk anak negeri ISle ni jugak, bukan senang UMNO ni siang malam merencana untuk kepentingan rakyat, dah tu diserang pulak diseluruh penjuru oleh puak2 ISle ni siang malam. Kerje mereka senang sangat ceramah menghamburkan air liur lepas tu masyuk pitis derma tin milo, balik tidur balun bini yang ramai, esok ulang kerja yang sama, oooo senang le hidup macam mi, anak2 nak sekolah tak payah fikir, sekolah yuran percuma, buku percuma, anak2 universiti dapat biasiswa dan PTPTN dapat MARA apalagi mau fikir. Dalam ceramah UMNO kejam, zalim dan sebagainya, sedangkan dia yang zalim dan kejam terhadap diri sendiri dan negara.
ReplyDeleteBilalah orang tua ni nak sedar diri yg beliau tu byk kali gunakan agama untuk kepentingan politik. Pengikut2nya pun tak sedar2 jugak macamlah dia sorang jer yg alim. Kesihan aku tengok, patut dgn umur bonus yg Allah bg tu dia tumpukan keakhirat dah tak payah berangan nak tegak negara islamlah kalau setakat untuk mengaburi pengikut yg bebal. Allah bg umurnya panjang tu sebagai umpan agar beliau lebih byk buat kesesatan lagi sebenarnya. Mujurlah aku tak terpesona dgn dakyah org tua ni sebab aku berguru dgn ulama yg mukhlis mengajar utk akhirat, bkn mcm org tua ni mengajar untuk menarik pengundi. Nauzubillahi minzalik.
ReplyDeleteKALAU X MEMPERGUNAKAN AYAT AL QURAN BUKAN PAS LAH NAMANYA...X TAKUT DOSA LAH PUAK2 PAS NI
ReplyDelete