Sebuah Sekolah Permata Insan bertujuan melahirkan ilmuan dan pemikir Islam yang agung di bawah program Permata Negara, bakal ditubuhkan dengan pengambilan pelajar pertama pada 2015.
Penaung Program Permata Negara (Permata) Datin Seri Rosmah Mansor berkata sekolah itu akan menawarkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif secara berterusan kepada pelajar bermula dari usia 8 tahun, yang berteraskan kepada penghayatan al-Quran dan as-Sunnah.
Isteri perdana menteri itu berkata penubuhan sekolah itu merupakan lanjutan daripada program Permata Insan yang diperkenalkan pada 2010.
Berita selanjutnya d SINI
No comments:
Post a Comment