Anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hanya dapat memasuki lokasi berkenaan selepas pengurus spa terbabit datang membuka premisnya selepas dihubungi pengurusan hotel bajet terbabit.
Semua wanita terbabit yang berasal dari Vietnam dan tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri selain cuba berselindung dengan resit bayaran hotel menunjukkan mereka menginap di hotel itu dalam jangka masa lama.
Lebih memeranjatkan, sewaktu disoal siasat ada di antara mereka hanya berpakaian dalam malah turut berani menawarkan khidmat seks kepada pegawai penguatkuasa dengan bayaran serendah RM40 bagi satu sesi.
Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ, Ismathinoon Abdul Rahman berkata, hotel bajet berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah beberapa kali dikompaun sebelum ini .
Menurutnya, dipercayai tingkat dua dan tiga hotel berkenaan dikhaskan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.
“Kali ini MBPJ memberi notis 14 hari untuk hotel menghentikan operasi dan merobohkan struktur haram yang dibina dalam bangunan ini.
"Setakat ini lesen tidak dapat diberikan kerana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak menyokong permohonan lesen kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral,” katanya
Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 79 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan jika pemilik gagal mematuhi notis diberikan, pendakwaan di mahkamah akan dibuat bagi setiap kesalahan dilakukan.
Dalam operasi sama, MBPJ turut memberi notis dan menyita barangan dari sebuah lagi rangkaian hotel sama, juga tidak berlesen di Seksyen 51 A yang mempunyai pusat siber judi di dalamnya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pihak-berkuasa-berjaya-bongkar-pusat-kegiatan-seks-1.56785
*Jika anda berada di Selangor, hati-hati kerana tempat urutan batin menawarkan pelbagai kaedah untuk mendapatkan pelanggan.
TQMYMASSA
bolehkan blog saya dihalaman tuan...http://siemens-melayumaju.blogspot.com/
ReplyDelete