Label 10

Home » » SELANGOR HANCUR !! KEGIATAN DUDUK,URUT & SEKS SEAWAL PAGI ?!! EXCO AGAMA BERDENGKUR ??

SELANGOR HANCUR !! KEGIATAN DUDUK,URUT & SEKS SEAWAL PAGI ?!! EXCO AGAMA BERDENGKUR ??

Written By AAKJ on Saturday, June 16, 2012 | 1:32 AM



Pihak berkuasa berjaya bongkar pusat kegiatan seks 

Peralatan bilik hotel disita oleh penguatkuasa MBPJ.


PETALING JAYA – Misteri lif ke tingkat dua dan tiga rosak di sebuah hotel bajet di Sunway Mentari dekat sini membawa kepada penemuan sebuah spa dan bilik didiami lima wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GR0) dan tukang urut.

Anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hanya dapat memasuki lokasi berkenaan selepas pengurus spa terbabit datang membuka premisnya selepas dihubungi pengurusan hotel bajet terbabit.

Semua wanita terbabit yang berasal dari Vietnam dan tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri selain cuba berselindung dengan resit bayaran hotel menunjukkan mereka menginap di hotel itu dalam jangka masa lama.

Lebih memeranjatkan, sewaktu disoal siasat ada di antara mereka hanya berpakaian dalam malah turut berani menawarkan khidmat seks kepada pegawai penguatkuasa dengan bayaran serendah RM40 bagi satu sesi.

Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ, Ismathinoon Abdul Rahman berkata, hotel bajet berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah beberapa kali dikompaun sebelum ini .

Menurutnya, dipercayai tingkat dua dan tiga hotel berkenaan dikhaskan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.

“Kali ini MBPJ memberi notis 14 hari untuk hotel menghentikan operasi dan merobohkan struktur haram yang dibina dalam bangunan ini.

"Setakat ini lesen tidak dapat diberikan kerana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak menyokong permohonan lesen kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral,” katanya

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 79 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan jika pemilik gagal mematuhi notis diberikan, pendakwaan di mahkamah akan dibuat bagi setiap kesalahan dilakukan.

Dalam operasi sama, MBPJ turut memberi notis dan menyita barangan dari sebuah lagi rangkaian hotel sama, juga tidak berlesen di Seksyen 51 A yang mempunyai pusat siber judi di dalamnya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pihak-berkuasa-berjaya-bongkar-pusat-kegiatan-seks-1.56785 


*Jika anda berada di Selangor, hati-hati kerana tempat urutan batin menawarkan pelbagai kaedah untuk mendapatkan pelanggan.


TQMYMASSA

Share this article :

+ comments + 1 comments

June 16, 2012 at 2:28 AM

bolehkan blog saya dihalaman tuan...http://siemens-melayumaju.blogspot.com/

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger