Article 3 UNCLOS 1982
Breadth of territorial sea
(Keluasan wilayah laut)
Every State has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention.
(Tiap-tiap Negeri mempunyai hak untuk menubuhkan lebar laut wilayah sehingga had tidak melebihi 12 batu nautika yang diukur dari garis dasar yang ditentukan mengikut Konvensyen ini.)
- Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), semua hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerahkan hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana udang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dulu sampai sekarang.
- Kerajaan Persekutuan hanya menyerahkan hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada PETRONAS menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) di mana PETRONAS telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan ekplorasi dan ekspoitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
- Begitu juga dengan Kerajaan Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya tanpa boleh batal (irrevocable) kepada PETRONAS untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta144) pada 9 Mei 1975. #Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)#
- Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukan bahawa kedudukan medan / telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.
- Oleh itu, adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai (royalti) di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh PETRONAS yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.
wahai penyokong Pas yg suka hentam kerajaan pasal isu ini.. sedar lah diri.. korang memang tak layak dapat royalti minyak tu.. so skrg nak kata apa lagi..
ReplyDelete