DS NAJIB MEMULAKAN AYAT SUCI AL-QURAN MENJADI BACKROUND
Kadangkala ada pemimpin yang sekali dua sahaja menepati masa, namun DS Najib menjadikan ianya amalan. Dahulu, Tun Dr. Mahathir akan memasuki pejabat Perdana Menteri 15 minit atau pun 20 minit awal, walaupun masa pejabat pukul 8.00 pagi.
Di dalam perhimpunan, sebelum ucapan beliau Doa dimulakan dan beliau tidak mengambil masa yang berjela-jela semasa memberi ucapan. Isi ucapan beliau padat dan fakta, memaklumkan pencapaian, memberitahu aspirasi rakyat, menyampaikan visi beliau dan misi negara, beliau tidak memburuk-burukkan mana-mana pemimpin lain.
Gambar di atas menunjukkan bagaimana DS Najib mengIslamikkan banyak perkara, ianya adalah simbolik kepada kesucian agama Islam di Malaysia, simbolik kepada azam DS Najib memartabatkan Islam di dalam pemerintahan dan kerajaan.
Namun, manusia adalah manusia, tiada manusia yang maksum melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia yang agong dan suci melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia tidak melakukan dosa melainkan Rasulullah SAW, maka jika dosa itu kerana qada dan qadar Allah SWT untuk memberi tarbiyyah dan hidayah dengan disusuli memohon ampun kepadaNYA (sedikit sedutan buku La' Tahzan/Don't Be Sad oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni), maka itu sangat-sangat baik jika ianya akan menjadikan kita insan yang semakin baik dan baik. Penulis perlu baca beberapa buku tasauf dan tarekat lagi.
Maka, jika PM DS Najib menuju ke arah Islam, menuju ke arah kebaikan, sedang menjadi Pemerintah yang terbaik, mengumpul segala alim ulama di sekelilingnya, mencuba sedaya upayanya, bukankah Allah SWT lebih tahu akan apa yang berlaku.
Semasa penulis melawat TS Harussani, Mufti Perak, penulis terpegun kerana Pejabat Raja Nazrin, bakal Raja Perak hanya bersebelahan sahaja. Inilah dia, umara dan ulama semakin dirapatkan.
Penulis yakin, negara kita akan menjadi sebuah negara Islam yang lebih baik tidak lama lagi. Marilah kita sama-sama memberi sokongan.
TQJENTAYUABAKA
No comments:
Post a Comment