Belum terlambat rasanya saya mengucapkan rasa takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Nordin Ahmad Bakri, seorang peneroka yang diperalatkan oleh puak-puak pembangkang untuk berdemo di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Allahyarham Mohd Nordin meninggal dunia dipercayai kerana serangan jantung yang dihadapinya ketika menyertai demo yang dipercayai didalangi oleh puak-puak pembangkang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan diringankan dari seksaan kubur…Amin.
Namun, lebih menyedihkan lagi ialah mengenai dalang disebalik kematian Allahyarham tersebut iaitu ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari PAS yang tidak mengambil iktibar dan hikmah di sebalik kejadian tersebut.
Amat memalukan sekali apabila wakil rakyat PAS ini menyalahkan beberapa pihak atas kematian Allahyarham Mohd Nordin, khususnya pihak pengurusan Hospital Putrajaya, JPM dan kakitangan awam di Kompleks Kerajaan Pusat di Putrajaya.
Taufek menyalahkan Hospital Putrajaya kerana didakwa lewat tiba di lokasi mereka berdemo yang khabarnya hanya sejauh 4.3 km.
Taufek juga menyalahkan JPM yang katanya tidak dilengkapi pasukan paramedik untuk tujuan kecemasan seperti yang berlaku terhadap Allahyarham.
Dan Taufek juga menyalahkan kakitangan awam di Putrajaya yang kononnya tidak diberi latihan menghadapi saat kecemasan dan tidak mampu menolong Allahyarham.
Tiga perkara yang dinyatakan Taufek dalam cubaannya mempolitikkan kematian Allahyarham Mohd Nordin itu. Dah tak ada kerja lain nak buat?
Tidakkah Taufek sedar bahawa ajal maut itu ditangan Allah dan sudah ditetapkan sejak ruh setiap manusia itu berada di “lauhul mahfuz” lagi?
Sekiranya tiba ajal seseorang anak Adam itu, nescaya Izrail AS tidak akan menangguhkan saat kematian setiap hamba Allah itu walau sedetik sekali pun. Ustaz di sekolah Taufek belajar dulu tidak ajarkah perkara ini?
Jadi, tidak kira sama ada Hospital Putrajaya berada di depan mata Allahyarham sekalipun, Izrail akan tetap mengambil nyawanya sebagaimana yang diperintahkan Allah. Taufek beriman atau tidak kepada ketentuan Allah itu? Janganlah nak disalahkan pihak hospital pula…
Begitu juga dengan kelengkapan paramedik dan kakitangan awam terlatih di kompleks kerajaan atau JPM tersebut. Isu itu tidak timbul sama sekali.
Walaupun kerajaan meletakkan 100 orang doktor pakar sekali pun di setiap bangunan kerajaan untuk menunggu kes kecemasan, jika ajalnya sudah sampai, ruh Allahyarham Nordin akan dipisahkan jua dari jasadnya.
Walaupun semua kakitangan awam dilatih sehingga setaraf dengan doktor pakar sekalipun, jika Allah sudah tetapkan ajal hambanya yang bernama Mohd Nordin Ahmad Bakri, insyaAllah, nyawanya tetap akan kembali kepada Pencipta.
Sebenarnya, saya hanya terkilan mengenai lokasi dan keadaan Allayarham meninggal dunia. Dia meninggal dunia ketika menyertai demonstrasi yang dipercayai bermotif dan berkepentingan politik jijik pembangkang!
mehh sini :
Selain itu, mengapa si Taufek ini tidak membawa sekali pasukan paramediknya untuk berdemo. Dia sepatutnya alert dengan perkara seperti ini kerana golongan umur yang dibawanya berdemo bukan semuanya orang muda. Rukun dalam pembangkang, kesalahan sendiri di tempikkan kepada pihak lain.
ReplyDeleteOrang yang baik dan waras akan menyalahkan diri sendiri atas setiap kesilapan, tetapi orang yang berhati busuk sentiasa akan melibatkan orang lain atas kesalahan yang dilakukannya.
Penganjur program yang perlu sediakan persiapan untuk segala kemungkinan. Jangan salahkan orang sekeliling apatah lagi anda tidak dijemput untuk berdemo disitu JPM. Janganlah berak taik keras nak salahkan orang lain tak sediakan julap.
ReplyDeleteKenapa penganjur Demo tak menyediakan Pasukan Perubatan sebagai langkah mengahadapi saat cemas macam ni ... kenapa Adun ni sendiri atau peserta Demo tidak diajar asas perubatan sebelum menyertai demo ni ... Ni caranya ahli ahli PAS yang kononnya beriman dengan Allh tapi tak boleh memahami rukun iman itu sendiri ... Na'uzubillah ...Insaf-insaf lah dan bawa bertaubat sebelum nyawa di cabut Allah ...Tahu menyalahkan orang lain saja tanpa mahu Muhasabah diri...
ReplyDelete